Tuesday 30 July 2013

LAILATUL QADAR

Salam Ramadhan,

Menjelang 10 hari terakhir ini, aku ingin mengajak semua saudara-saudaraku tingkatkan ibadah.  Pada waktu ini, waktu kecemasan, kita kena lebih kuat berusaha dan mendekatkan diri kepada Allah. Banyakkan beristifar terutama seperti yang di riwatkan oleh Syadatina Aishah r.a Wahai Rasullah apa yang aku perlu buat bila bertemu Lailatul Qadar, Nabi s.a.w berkata bacalah 

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى.

Oleh itu banyakkan beristifar dengan doa di atas, semoga kita semua mendapat pengampunan dari Allah.  Doa-doakanlah sahabat-sahabat kita dan umat islam keseluruhannya mudah-mudahan tiada seorang pun dari kita yang dimasukkan Allah ke dalam Jahanam (Neraka )

Guru aku ada memberitahu, pada waktu sahur dan waktu sebelum berbuka banyakkan membaca doa Istifar Rajab dan doa Akasah (boleh didapati dalam majmuk yaasin).  Bacalah yang kuat (bersungguh-sungguh)

Aku ingin mengajak saudara-saudara supaya rajin-rajinlah hadir ke majlis ilmu atau majlis yang di dalamnya ada menyebut ayat Al Qauran kerana itulah tandanya kita di kalangan orang beriman.  Aku bimbang kita tergolong di kalangan orang beriman tetapi di humban oleh Allah ke dalam api Neraka.  Tanda-tanda orang beriman tetapi di azab dalam api Neraka ialah:

1. Tak bersyukur nikmat iman (tidak mahu berusaha beramal dengan ilmu yang ada)
2. Tak takut mati tanpa iman (melakukan kerja-kerja yang dibenci oleh Allah dan Rasulullah

Nabi s.a.w ada berkata orang yang tak suka hadir majlis ilmu kelak mati tanpa iman.


Hamba Allah yang takut matinya tanpa iman mereka akan berhati-hati dan selalu berwaspada dalam setiap kerja anggotanya. walaupun dalam hatinya.  Oleh itu beringat-ingatlah di dalam bulan yang mulia ini terutama pada 10 hari terakhir ini kuncilah semua anggota kita dari perbuatan yang merugikan.  Neraka ada tujuh pintu kita pula ada tujuh onggota utama, jangan sekali-kali kita buka kunci pintu neraka itu dengan salah satu tujuh anggota kita.

Aku suka berpesan bunyikanlah sura yang sangat di sukai oleh Allah pada waktu sahur (sebelum subuh) iaitu suara hambaNya yang beristifar.

Aku berdoa semoga semua saudara-saudaraku diampunkan semua dosa-dosa, kelak kita sama-sama hidup berbahagia di akhirat

Akhir kalam "beramallah ketika masa hidup di dunia jangan menyesal ketika hidup di akhirat"

Waullahu'alam



  

No comments:

Post a Comment