Tuesday, 2 April 2013

AKTIVITI C-LABS - PERTANDINGAN TENPIN BOWLING

PERTANDINGAN TENPIN BOWLING PEMBANTU-PEMBANTU MAKMAL DAERAH BATU PAHAT:

Pertandingan Tenpin Bowling telah diadakan di SUMMIT PARADE, Batu Pahat
Pada hari Sabtu 30 Mac 2013 jam 10.30 pagi.
Penyertaan seramai 47 orang dari kalangan Pembantu Makmal Daerah Batu Pahat.
Penyertaan dikenakan bayaran sebanyak RM20.00 seorang.

Berikut adalah laporan pertandingan tersebut:

Johan Individu Lelaki: En. Zulkifli Atan dari SMK Dato Onn
N. Johan: En. Johari Atan dari SMK Tinggi Batu Pahat
Ke Tiga: En. Ramli Kadni dari SMK Senggarang

Johan Individu Perempuan: Pn. UMI UMAROH BT MD HASHIM SMK dari Penghulu Saad
N. Johan: Pn. Hanisah bt Abdullah dari SMK Munshi Sulaiman
Ke Tinga: Mazia Samad dari SMK Dato' Syed Esa

Johan Berkumpulan: SMK Senggarang
N. Johan: SMK Tinggi Batu Pahat.
Ke Tiga: SM Sains Batu Pahat

En. Zulkifli Johan
 
En. Johari Naib Johan
En. Ramli Ke Tiga

Pn. Umi Umaroh Johan Individu Wanita

Pn. Hanisah

Pn. Mazia
Terima Kasih Bos Bowling Summit Parade

Friday, 29 March 2013

KURSUS ASAS PEMBANTU MAKMAL

KURSUS ASAS PEMBANTU MAKMAL SIRI II TAHUN 2013

Kursus diadakan di SMK Suria Perdana.  Sekolah yang baru mula beroperasi Januari 2013.  Seramai hampir 80 orang pembantu makmal baru lantikan tahun 2008 hingga 2012 telah di panggil untuk menghadiri kursus tersebut.


Majlis Penutup Kursus di sempurnakan oleh En. Shaharudin b Badron, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat Unit Sains dan Matematik Menengah.
En. Shahrudin Badrun di dalam ucapan perasmian


Dalam ucapannya En. Shahrudin memaklumkan bahawa Peperiksaan Amali Sains akan di adakan semula pada tahun 2015.  Bertepatan dengan kursus yang diadakan ini dapat membekalkan pengalaman kepada pembantu makmal baru yang sememangnya memerlukan sentuhan pengalaman dari pembantu makmal senior.


Tn. Hj. Mohamaddillah Masuri Tim. Pengerusi C-Labs


Tuan Haji Mohamaddillah Masuri yang berucap bagi pihak pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada pembantu makmal yang mengikuti kursus ini kerana berjaya  menghabiskan siri kursus yang dianjurkan khas untuk mereka.  Beliau juga berharap pembantu makmal baru terus belajar dari pembantu makmal senior yang ada di sekolah masing-masing.  Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para fasilitator yang terdiri daripada Tn. Hj. Zainal Jais, En. Abd Rahman Kastor dan En. Mohd Kamis Siran merangkap Pengerusi C-Labs Batu Pahat kerana berjaya menyampaikan ceramah dan bimbingan dengan berkesan.


Tn. Hj. Zainal memimpin bacaan doa

Majlis Penutup kursus dimulai dengan bacaan doa oleh Tn. Hj. Zainal Jais, manakala En. Mohd Nurulhuda mengacarakan majlis ini.  Selepas tamat majlis ini En. Zulkifli Atan telah memeberi beberapa pesanan dan taklimat kepada peserta kursus mengenai tanggungjawab menjadi ahli KSKM
En. Zulkifli sedang memberi taklimat



Lagi gambar-gambar sekitar kursus di dalam Galeri

.


Tuesday, 19 March 2013

SISTEM SARAAN TRANSFORMATIF DI DALAM JADUAL GAJI MINIMUM DAN MAKSIMUM


PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2013
PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA


JADUAL GAJI MINIMUM MAKSIMUM KUMPULAN SAINS