Thursday 11 October 2012

DOA UNTUK CALON PEPERIKSAAN DAN PERANAN IBUBAPA


Bila menjelang peperiksaan, banyak sekolah telah mengadakan solat hajat dengan tujuan semoga Allah memberikan kejayaan kepada anak-anak yang menduduki peperiksaan.  Kita dapat lihat banyak kaedah-kaedah yang dilakukan.  Namun hanya satu tujuan yang diminta iaitu calon peperiksaan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Doa adalah senjata mukmin, beruntunglah kita sebagai umat islam dan bersyukurlah kerana dikurniakan islam dan iman kepada kita.  Sebagai ibu bapa kita digalakan supaya berdoa untuk kejayaan anak-anak, Di bawah ada sedikit tips dari sahabat untuk ibubapa :


KETIKA ANAK-ANAK SEDANG MENJAWAB SOALAN DI DEWAN PEPERIKSAAN.

Ibu atau bapa di rumah pula lakukan amalan ini:-

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.
10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Contoh:

Waktu peperiksaan bermula jam 0800 pagi. Ibu atau bapa di rumah boleh mula melakukan. Semuga anak-anak kita dapat menjawab soalan dengan baik serta beroleh kejayaan yang besar.

Sumber asal:

Amalan ini diberikan oleh seorang guru wanita yang telah pun bersara iaitu Cikgu Rohana dari Sekolah Menengah Hutan Melintang. Anak-anak beliau kesemuanya telah berjaya didalam akademik. Alhamdulillah semuga perkongsian ini mendapat manafaat dan diberkati Allah s.w.t.


Petua amalan ibubapa untuk anak yang menduduki peperiksaan…

Caranya dengan mengumpulkan alat-alat tulis yang bakal digunakan oleh anak-anak semasa peperiksaan. Dalam keadaan berwuduk, genggamlah alat-alat tulis itu kemudian amalkan bacaan-bacaan berikut :

1 :: Al-Fatihah (7 kali)

2 :: Selawat (7 kali)

3 :: Subhanallah (44 kali)

4 :: Alhamdulillah (44 kali)

5 :: Allah hu Akbar (44 kali)

6 :: Ya Hayyu Ya Qayyum (21 kali)

7 :: dan kemudian teruskan dengan bacaan doa ini :-

Ya Allah, Ya Hayyu, Ya Qayyum, Ya Rahman, Ya Rahim, Ya Latif, Ya Jabbar, Ya Khaliq. Ya Allah, permudahkanlah anak-anak kami di dalam urusan mereka menimba ilmu di atas seruan dan perintah-Mu… Tenangkanlah hati mereka untuk menerima ilmu-Mu, lapangkanlah jiwa mereka untuk mengharungi ujian-Mu dan berkatilah mereka dengan rahmat-Mu… Amin Ya Rabbal Alamin…
Setelah selesai bacaan-bacaan ini, tiupkanlah pada alat-alat tulis yang digenggam itu. Letakkan di tempat yang tinggi dari aras punggung dan elakkan dari dilangkah…
Keesokan harinya, ketika anak-anak bersedia untuk pergi menduduki peperiksaan. Ambil segelas air, dalam keadaan berwuduk amalkan bacaan seperti di atas (1-7), tiupkan pada segelas air itu lalu diberi minum kepada si anak… Insya-ALLAH dipermudahkan anak-anak itu menghadapi peperiksaan…

 Doa ini juga bagus diamalkan oleh ibubapa.  Caranya: hendaklah ibubapa meletakkan tanga di atas dahi anak dan bacakan doa ini. (Doa ini adalah yang di doakan oleh Nabi SAW kepada Ibnu Abbas ra)

اللَّهُمَّ فَقِّهْهُ فِي الدِّينِ وَعَلِّمْهُ التَّأْوِيلَ
Pelajar-pelajar pula hendaklah selalu berdoa mohon berkat ilmu yang dipelajari, seperti berikut:


Doa yang boleh diamalkan. Iaitu minta supaya Allah memberi manfaat ilmu kepada kita





No comments:

Post a Comment