Tuesday 16 October 2012

TAZKIRAH ZULHIJJAH SIRI 1







Sesungguhnya orang-orang yang tidak percaya kepada hari akhirat, Kami jadikan perbuatan-perbuatan buruk mereka kelihatan baik kepada mereka; oleh itu, tinggalah mereka meraba-raba dalam kesesatan.
 

Merekalah orang-orang yang akan beroleh azab seksa yang buruk (di dunia) dan mereka pula pada hari akhirat adalah orang-orang yang palig rugi.
Suarah Al-Naml ayat 4 dan 5
- Al Quran hendaklah dibaca  semoga ianya dapat menjadi nur dalam hati.
- Apabila Allah memimpin orang beriman, Allah akan keluarkannya dari kegelapan kepada jalan yang terang.
- Iman tidak cukup dengan cakap sahaja, perlu amalan yang berterusan dengan penuh keyakinan.
- Manusia yang beriman akan beramal walaupun sebuk dengan urusan dunia.
- Tidak lalai dan tidak leka, tetap solat berjemaah bila diseru.
- Mereka yang lalai dan leka akan ibadah, segala urusan dilaknat oleh Allah disunia dan diakhirat
Hadith Nabi yang di ajar oleh Malikat Jibril:
Umat kamu yang meninggalkan berjemaah dilaknat didunia dan diakhirat.
- Orang yang beramal soleh dan bertaqua apabila dikumpul di padang Masyar, Maalaikat bersuara dengan nyata, mereka menyambut baik, tidak dihisab, tidak bersusah payah, mereka terus dibawa ke Syurga.
- Di Padang Masyar setiap orang bergantung kepada amalnya.
- Kita mesti perlu melawan nafsu untuk mendapat keistemewaan akhirat.
- Orang solleh tidak tertipu dengan kesenangan dunia.
- Cinta kepada dunia punca segala kejahatan. Mereka dibenci oleh Allah.
- Cinta sejati hanya kepada Allah
- Apabila dicintai oleh Allah, segala urusan dimudahkan, segala masalah akan dibereskan oleh Allah, segala dosa akan diampunkan.
Bagaimana kita dicintai Allah:
Contoh:
- Orang yang berkasih sayang kerana Allah (hadith kudsi)
(Akan mendapat lindungan Allah di Mahsyar - disegerakan masuk ke Syurga)
- Mentaati perintah Allah
Kelebihan Bulan Zulhijjah:
1. Perbanyakkan beribadah mulai malam 1 Zulhijjah.  Ganjarannya seperti beribadah setahun beribadah.
Jika kita solat Tahajjud satu rakaat umpama kita solat Tahajjud selama setahun.
2. Berpuasa 1 hari umpama berpuasa selama setahun.
PESANAN GURU:
Bacalah di dalam sujud akhir kita solat tahajjud;

"Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)". Fadhilatnya: akan diberi kesihatan.

Hadith Nabi saw. : Berpuasalah nescaya akan sihat.

Hadith Nabi saw. : Orang yang keras hatinya ialah apabila mendengar azan ia tidak mahu solat berjemaah

Kepada isteri-isteri;
Segelas air yang diberi kepada suami seperti memberi sedekah kepada 40 orang fakir miskin.

Waullahu'alam.

No comments:

Post a Comment