Tuesday 11 October 2011

PEKELILING

JADUAL GAJI SBPA 2012 (RAMALAN)

 Apabila merawang ke blog-blog lain, rata-rata bloger-bloger meramalkan kedudukan jadual gaji baru dalam SBPA.  Berbagai-bagai ramalan kedudukan gaji pegawai-pegawai awam.  Aku tetarik untuk meramalkan jadual gaji berdasarkan nujuman aku.  Aku memang tak pandai apatah lagi meramalkan sesuatu, boleh jadi sesat, tapi bagi meramal kedudukan gaji aku, sukalah aku meramalnya
Ini hanya ramalan aku, tidak ada idea lain melainkan idea aku saja. Gembira-gembirakanlah hati dengan gaji baru ini. Kedudukan aku mungkin pada 11% sebab dulu aku 25%. Waullahualam.

Friday 7 October 2011

PEKELILING

BUGET 2012 UNTUK KAKITANGAN AWAM 

Tahniah kepada semua kakitangan awam kerana mendapat banyak durian yang runtuh seperti di bawah:

1. Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus.

2. Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320

3. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.

Tapi aku rasa penatlah dan tak larat nak kerja sampai 60 tahun. Kalau aku seorang penjawat awam pro aku nak 60 tahun tapi aku cuma bekerja sebagai pro je, jadi 60 tahun tu tak sesuai untuk aku. Samapi pada masa nanti pelanggan aku akan panggil aku atuk, tak sanggup aku. cukuplah 58 tahun itupun dah tersain, kalau akun tahu aku sain 56tahun je. Semoga khidmat baktiku untuk masyarakat khususnya kepada pelajar-pelajar mendapat keberkhatan ALLAH

Kepada rakan-rakan yang masih muda, anda berpeluang mendapat lebih banyak buget-buget kerajaan yang menguntungkan anda. Aku tinggal 8 tahun untuk untuk jadi kakitangan kerajaan.

Tuesday 4 October 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN PMR

Kepada semua calon PMR, kami berdoa semoga Allah permudahkan, diberi ketenangan, dilapangkan hati dan fikiran ketika anda menjawab soalan semua subjek yang anda hadapi.  Kejayaan anda adalah atas usaha anda selain usaha anda perlu banyak berdoa. SELAMAT MENJAWAB DAN SELAMAT BERJAYA

SELAMAT BERSARA

Kami Majlis Anggota Staf Makmal Sains Pelajaran Batu Pahat mengucapkan selamat bersara kepada yang kami hormati Tn. Hj. Shapie, PPD Batu Paha.  Pasti Allah akan memberkhati usaha-usaha dan sumbangan tuan kepada organisasi pendidikan khususnya di Daerah Batu Paha. Kami warga makmal sains khsusnya Pembantu-pembantu makmal pelajaran daerah Batu Pahat sentiasa berdoa semoga tuan sentiasa suksis dan berbahagia disamping keluarga.
Pasti kami akan merindui tuan

Friday 9 September 2011

CONTOH PENGISIAN BORANG MAKLUMAT PAP N1/N4 KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

LANGKAH PERTAMA
LANGKAH KE 2
LANGKAH KE 3
Terdapat beberapa buah sekolah yang memohon bantuan untuk mengisi borang maklumat PAP seperti di atas. Semoga contoh borang yang telah diisi secara on line seperti di atas dapat membantu saudara/i PAP mengisi borang tersebut. Semoga berjaya.

CERAMAH UST GHAZALI HASBULLAH (AL MARHUM) - HATI KOTOR - AMALAN IMAM GHAZALI







Monday 5 September 2011

FADHILAT ZIARAH HARI RAYA

Selain bertakbir, bertahmid dan berselawat serta berpuasa enam, terdapat satu lagi amalan yang begitu dituntut semasa menyambut hari raya iaitu amalan ziarah-menziarahi sesama ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan kaum muslimin.
Amalan ziarah-menziarahi mempunyai banyak hikmah dan kelebihan yang sangat bermakna bagi umat Islam terutama sekali dalam menghubung dan merapatkan ikatan persaudaraan sesama Islam. Agama Islam sangat menggalakkan umatnya agar senantiasa berusaha untuk memperbaiki dan mempertingkatkan tautan silaturrahim dan ukhuwwah.

Firman Allah s.w.t. “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara,maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu,dan bertaqwalah kamu kepada Allah agar kamu beroleh rahmat”  (Surah Al Hujuraat ayat 10.)

Bagi mencapai matlamat dan hakikat sebenar amalan ziarah-menziarahi ini terdapat adab-adab yang perlu difahami dan dihayati oleh setiap insan muslim untuk meraih keredhaan dan rahmat Ilahi.

Di antara adab-adab yang perlu diberi perhatian oleh umat Islam ketika melakukan amalan kunjung-mengunjung adalah seperti berikut : Adab sebagai tetamu perlu memohon izin dan memberi salam sebelum memasuki rumah yang ingin dikunjungi sesuai dengan Firman Allah s.w.t. dalam surah An-Nur ayat ke 27 “ Wahai orang-orang yang beriman,janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumah kamu,sehingga kamu meminta izin serta memberi salam kepada penghuninya.Demikian itu adalah lebih baik bagi kamu agar kamu beringat”  Rasulullah s.a.w. juga pernah bersabda yang bermaksud :        
” Sesungguhnya manusia yang paling utama di sisi Allah ialah sesiapa yang memulakan salam”     
(Riwayat Abu Daud)

Selaku tetamu adalah sangat digalakan agar berjabat tangan dengan tuan rumah sesuai dengan hadith Nabi s.a.w. riwayat dari Al Barra’ r.a. yang bermaksud “ Tidak ada dua orang muslim yang bertemu,lalu saling berjabat tangan,kecuali kedua-duanya diampuni Allah sebelum keduanya berpisah”

Walaubagaimanapun amalan berjabat tangan ini mestilah dilakukan mengikut lunas-lunas Islam. Ianya tidak sama dengan budaya barat dan orang bukan Islam yang bersalaman tidak mengira lelaki ataupun wanita yang bukan mahram kerana ianya amat dimurkai oleh Allah s.w.t.

Seorang tetamu tidak sepatutnya bebas melakukan apa sahaja di rumah orang lain kerana perbuatan itu akan mengganggu dan tidak disenangi oleh tuan rumah. Hal ini disebutkan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadithnya yang bermaksud “Sesiapa yang memasuki majlis sesuatu kaum,hendaklah dia duduk di tempat yang telah disediakan kerana kaum itu(tuan rumah) lebih mengetahui aib rumah mereka”

Manakala bagi pihak tuan rumah, Agama Islam turut menggariskan beberapa adab yang perlu dipelihara dan dihayati oleh tuan rumah yakni dengan menghormati dan memuliakan tetamunya. Hal ini ditegaskan oleh Rasulullah s.a.w. melalui hadithnya yang bermaksud “ Barangsiapa yang beriman kepada Allah s.w.t. dan Hari Akhirat ,maka hendaklah ia memuliakan tetamunya.”

Dalam masa yang sama,tuan rumah juga disarankan agar menghidangkan jamuan yang terbaik mengikut kadar kemampuan. Memuliakan dan melayan tetamu dengan baik adalah amalan para Nabi dan Rasul terdahulu. Allah s.w.t. telah merakamkan kisah Nabi Ibrahim a.s. dan sikapnya yang sangat memuliakan tetamu melalui FirmanNya yang bermaksud “ Sesungguhnya telah datang utusan-utusan Kami kepada Nabi Ibrahim,dengan membawa berita yang mengembirakan. Lalu mereka memberi salam dengan berkata : “Salam sejahtera kepadamu (wahai Ibrahim)” Nabi Ibrahim menjawab : “Salam sejahtera kepada kamu” Maka tidak berapa lama selepas itu, dia menghidangkan jamuan untuk,seekor anak lembu yang dipanggang.”

Ikatan ukhuwwah Islamiah yang erat dan kukuh di kalangan umat Islam merupakan elemen yang amat penting ke arah merealisasikan visi dan misi perpaduan ummah baik di peringkat nasional mahupun internasional.

Perpaduan ummah yang jitu di semua peringkat mampu mengangkat keunggulan martabat umat ini di persada dunia dalam era globalisasi yang amat getir cabarannya !

Satu trend masakini dalam melaksanakan amalan berziarah adalah mengadakan  rumah terbuka. Namun perlu diingatkan bahawa dalam penganjuran majlis seperti ini ialah dengan menggelakkan dari terjebak dengan unsur pembaziran dengan berlebih-lebihan dalam mengadakan jamuan dan perhiasan rumah. Sesungguhnya Allah SWT benci dengan orang yang suka melakukan pembaziran.

Terdapat juga sebahagian kita khususnya golongan muda yang tidak gemar menjalankan aktiviti ziarah hatta bertandang ke rumah saudara mara. Mereka lebih suka terperap di dalam rumah menonton rancangan-rancangan televisyen yang menghidangkan cerita menarik. Malah mereka hanya berharap orang lain yang akan berkunjung ke rumah kita. Sikap ini perlu diubah kerana ia tidak menepati etika sambutan hari raya tersebut yang merupakan satu syiar Islam. Jika kita tidak gemar menziarahi saudara mara bagaimana kita dapat mengenali mereka. Lebih-lebih lagi dengan kekangan kerja membataskan aktiviti kita untuk mengenali saudara mara pada hari-hari yang lain.

TASKIRAH SYAWAL

YANG TERSIRAT DI SEBALIK SELAWAT

Bila kita kenal sesuatu yang indah, baik dan benar, kita akan jatuh cinta. Bila sudah cinta, kita banyak mengingat apa yang kita cintai itu. Dan bila kita banyak mengingat, pasti banyak pula kita menyebutnya… Kata orang tua dahulu,  bila hati teringat, mulut akan menyebut!
Jadi, tanda cinta kita kepada sesuatu, banyaklah kita menyebut-nyebutnya. Dan begitulah kitaran cinta kepada Rasulullah saw. Tanda kenal, cinta. Tanda cinta, ingat. Dan tanda ingat, banyak menyebut… Semakin banyak ingatan, semakin banyka pula sebutan. Dan di situlah signifikannya selawat!

Ya, semoga Allah berikan hati yang sentiasa ingat kepada Rasulullah saw lalu kita mampu berselawat ke atas baginda – sebagai tanda kasih, tanda cinta kepadanya. Tidak cukup jika berselawat pada Hari Keputeraannya atau membacanya hanya ketika dalam tahiyyat awal atau akhir, sebaliknya jadikan ia basahan lidah setiap masa – gembira atau berduka, ketika ramai atau bersendirian, siang mahupun malam.

Sebenarnya, bukan sahaja manusia dituntut berselawat kepada Nabi Muhammad SAW, malah Allah dan para malaikat juga turut berselawat ke atas baginda. Pujian daripada Allah dan para malaikat ini justeru ketinggian akhlak dan keperibadian baginda.

Firman Allah swt:
“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengucapkan selawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, ucapkanlah selawat ke atasnya (Nabi) dan berikanlah salam dengan sesempurna-sempurna salam.” (Al-Ahzab 56)
Bayangkan, tanpa Rasululah alam ini tidak akan diberkati. Kedatangannya adalah untuk memberi rahmat untuk alam ini. Alam itu gelap gelita, Rasulullah adalah penerang kepada penghuni-penghuni dunia. Kata bijak pandai, dunia tidak akan aman, selagi manusia yang menghuni di atasnya tidak berakhlak. Dan inilah misi utama kedatangan Rasulullah SAW yakni memberi rahmat kepada alam dengan berusaha memperbaiki akhlak manusia.

Firman Allah:
“Dan tidak diutuskan (nabi Muhammad SAW) melainkan untuk memberi rahmat buat sekelian alam.”
Rahmat kedatangan Rasulullah ini adalah dalam bentuk akhlak yang paling murni untuk dipelajari dan diteladani oleh semua manusia. Ini ditegaskan sendiri oleh sabda baginda:
“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak manusia.”
Tanpa Rasulullah tidak akan ada kasih-sayang sejati dikalangan manusia. Ibu-bapa tidak akan dihormati, anak-anak tidak akan disayangi, kaum wanita tidak akan dilindungi, yang miskin tidak akan dibela, yang kaya tidak akan pemurah, yang berkuasa tidak akan adil, yang diperintah tidak akan taat. Cara hidup Jahiliyah yang serba kejam, hina dan kucar-kacir akan terus bermaharajalela. Namun kedatangan baginda telah memberhentikan semua itu.
Baginda berjuang bermula dengan seorang diri. Diseru kaum keluarga terdekat dan sahabat terapat. Daripada Siti Khadijah, kemudian Sayidina Ali serta Sayidina Abu Bakar… Sedikit demi sedikit. Dan 23 tahun kemudian, ada lebih 124,000 para sahabatnya yang bertebaran di Makkah, Madinah dan seluruh jaziratul Arab. Baginda rela kehilangan apa sahaja demi menyelamatkan umatnya daripada kejahilan dan kesyirikan. Daripada cacian, dihalau hinggalah ancaman bunuh – semuanya telah baginda lalui demi perjuangan yang suci. 
Jika pada hari ini kita memuja pemimpin yang berjasa… maka siapakah pemimpin yang lebih besar jasanya daripada Rasulullah SAW? Bagindalah yang telah membebaskan kita daripada kesempitan hidup dunia untuk menikmati kelapangan hidup di akhirat. Baginda jualah yang membebaskan kita daripada penghambaan sesama manusia untuk menjadi hamba keoada Allah. Baginda yang mengeluarkan kita daripada ksempitan dunia untuk menuju kelapangan akhirat.
Soalnya, bagaimana kita memperingati jasa-jasanya itu?
Ya, kita mesti berselawat ke atas baginda. Kelebihan solawat telah banyak kita dengar. Namun apakah yang Allah swt benar-benar inginkan daripada selawat kita? Allah swt inginkan supaya hubungan kita dengan Rasulullah swt adalah berterusan. Oleh sebab itu kalimah, “Asyhaduallah ila ha illallah.”diikuti kemudiannya dengan kalimah “wa ashaduanna Muhammadar Rasulullah”. Apabila kita menyebut kalimah ini, rasakan diri kita adalah hamba Allah, lalu seterusnya perlu kita tanyakan bagaimanakah caranya hendak menjadi hamba Allah yang sebenar?
Lalu menyusul pengertian kalimah keduanya: “Wa asyhadu anna muhammadar Rasulullah.” Iaitu dengan mencontohi Rasulullah saw. Bagindalah individu yang pada setiap masa merasakan dirinya hamba. Ketika menjadi seorang ayah, seorang jeneral, seorang Nabi, malah sebagai pemimpin, baginda tetap merasakan diri sebagai hamba kepada Tuhannya.
Bagaimana rasa diri hamba? Ya, umpama seorang hamba, tentu dirinya tidak layak melakukan sesuatu sesuka hati. Apa yang dilakukan mesti mengikut arahan majikan atau tuannya. Jadi dengan amalan selawat ini, kita berharap menjadi hamba Allah setiap masa,di setiap tempat dan setiap ketika. Maka dengan itu bererti hubungan kita dengan Rasulullah juga adalah hubungan yang berterusan. Sebab kita hendak jadikan Rasulullah ini sebagai teladan bagaimana menjadi hamba Allah sebenar pada setiap masa dan ketika.
Allah swt bukan sahaja menurunkan Islam dalam bentuk ilmu dan ilmiah. Dia juga turunkan Islam dalam bentuk amaliah atau praktiknya, yakni melalui Rasulullah. Jadi Al-Quran itulah dalam bentuk ilmu, Rasulullah itu pula mempraktikkan isi Al-Quran. Jadi inilah yang Siti Aisyah katakan, jika kamu ingin melihat Al-Quran hidup, maka tengoklah peribadi baginda dalam kehidupan seharian. Dan bagi kita umat Islam akhir zaman ini… tidak ada jalan lain untuk ‘melihat’ keperibadian Rasulullah selain melihat sejarah hidup Rasulullah SAW.
Peri pentingnya sirah Rasulullah, ditegaskan sendiri oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya:
“Didiklah anak-anak kamu tiga perkara: Kecintaan kepada nabi kamu, kecintaan kepada keluarga baginda dan membaca Al Quran.”
Justeru, generasi Salafussoleh begitu bersemangat mengajarkan anak-anak mereka tentang sirah Nabi Muhammad SAW sehingga diseiringkan dengan pengajaran Al quran. Sebab sirah merupakan penterjemah makna-makna Al Quran secara praktikal. Imam Zainul Abidin bin Husin bin Ali RA berkata:
“Kami mengetahui soal perang-perang Rasulullah SAW sebagaimana kami mengetahui surah-surah yang ada dalam Al Quran.”
Mudahkan mencintai atau mencontohi Rasulullah?
Kita tidak pernah berjumpa Rasulullah. Kita hanya mendengar kisah kehebatan iman dan akhlak baginda sejak di bangku sekolah. Jadi, bagaimana hendak menyemai cinta kepada Nabi Muhammad SAW?
• Menerima seruan dan dakwah Nabi Muhammad SAW.
Apa yang telah disampaikan oleh rasulullah kita terima dan kita terus laksanakan. Semakin cepat kita menunaikan seruannya maka semakin bertambah kecintaan kita terhadapnya. Sayidina Ali misalnya, telah menerima seruan dakwah Rasulullah tanpa harus berbincang terlebih dahulu dengan sesiapapun, hatta ayah-ibunya sendiri.
Tidak ada gunanya mengaku cinta kalau tidak dibuktikan dengan perbuatan. Kata cinta, tetapi sunnah baginda kita cerca atau pinggirkan. Malangnya, inilah sikap kebanyakan umat Islam kini. Mengaku cinta, tetapi bergaul bebas, mendedahkan aurat, makan riba, minum arak, menipu, rasuah. Baginda sangat bencikan riba, tetapi ada dikalangan umat Islam yang masih mengamalkan riba.
• Mencintai apa yang dicintai Nabi.
Apa sahaja yang dicintai oleh nabi Muhammad SAW dari segi cara hidupnya – cara solat, puasa, mentadbir, menguruskan perniagaan, mengatur rumahtangga, makan, minum, pakaian sehingga cara baginda masuk tandas – akan kita teladani.
• Membenci siapa yang membenci nabi.
Siapa sahaja yang memperleceh-lecehkan kedudukan nabi Muhammad adalah musuh kita. Kita tidak akan berkawan apalagi bersahabat dengan mereka yang terang-terangan menghina nabi Muhammad SAW. Tidak kira mereka itu kaya, berkuasa atau ternama sekalipun. Siapa yang membenci Rasulullah itulah musuh kita.
Sebab itu umat Islam tidak akan berdiam diri sekiranya Nabi Muhammad diperlecehkan melalui lukisan, tulisan atau kata-kata.
• Menjaga hadis-hadis Nabi.
Maksud menjaga hadis di sini ialah dengan menghafaz dan mengamalkannya. Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan dari Samurah bin Jundub RA bahawa dia berkata:
“Di zaman Nabi, aku adalah seorang anak kecil, namun aku turut pula menghafaz hadis dari baginda, sedangkan orang-orang di sekelilingku semuanya lebih tua dariku.”
Ibarat seorang yang sedang bercinta. Kebiasaannya seseorang itu akan mengikut atau menyebut-nyebut nama orang yang dicintainya. Dia mesti mempunyai rasa suka atau cinta kepada orang itu.Kemudian rasa cinta itu dilahirkan dalam tindakan. Jadi cinta pada Rasulullah itu bukanlah semata-mata dengan kata, tetapi dengan tindakan. Oleh itu, dalam kehidupan ini, setiap tindakan mestilah menunjukkan kecintaan kepada Rasululah. Misalnya, acara mencukur rambut bayi dan kenduri aqiqah.
Majlis Aqiqah dan mencukur rambut diraikan ibu dan ayah sebagai tanda kesyukuran kepada Allah swt. Ia adalah sunnah Rasulullah yang mulia. Ketika anak Rasulullah iaitu Fatimah az-Zahra melahirkan Hassan, Nabi pun berkata:
“Wahai Fatimah, cukurlah rambutnya. Kemudian bersedekahlah dengan mengeluarkan perak seberat timbangan rambutnya.”
Seorang ulama Syeikh Dahlawi Rahimullah mengulas tentang hadis di atas dengan katanya:
“Sesungguhnya anak itu jika telah berpindah dari janin menjadi bayi merupakan sebuah nikmat yang wajib disyukuri, Bentuk kesyukuran yang terbaik adalah dengan menggantikannya. Mengingatkan bahawa rambut bayi merupakan bahagian dari perkembangan janin, dan menghilangkannya merupakan petanda kemerdekaannya menuju perkembangan sebagai anak, maka seharusnya bila rambut itu ditimbang (nilai) dengan perak.”
Setelah ditimbang, berat rambut Hassan adalah sedirham. Sedirham itulah disedekahkan. Kita mungkin antara bayi-bayi kecil satu ketika dulu didendang dengan selawat dan marhaban. Jika anak itu lelaki, diberikan permulaan nama “Muhammad” – Muhammad Rasul, Muhammad Taufik, Muhammad… supaya mendapat keberkatan Allah swt. Lebih-lebih lagi ayah dan ibu mengimpikan anaknya nanti membesar dan mencontohi akhlak Nabi Muhammad saw.
Sabda Rasulullah SAW:
“Namakanlah anak-anakmu dengan nama-nama para Nabi. Sedangkan nama yang paling disukai oleh Allah adalah Abdullah dan Abdul Rahman dan nama yang paling benar adalah Harith dan Hamman, sedangkan nama yang paling buruk adalah Harb dan Murrah.”
Apabila anak lelaki sudah membesar, diadakan pula majlis berkhatan yang juga diiringi dengan selawat dan puji-pujian membesarkan Allah. Sesetengah masyarakat setempat mengadakan acara tambahan bagi meraikan atau menyemarakkan semangat kanak-kanak. Antaranya acara mandi beramai-ramai di sungai, berarak sambil didukung atas bahu bapa sendiri dan sebagainya. Semuanya dengan tujuan untuk menggembirakan hati anak-anak yang akan berkhatan.
Berkhitan sebenarnya satu perintah. Nabi saw pernah bersabda:
“Termasuk fitrah (kesucian) adalah berkumur, menghirup air ke dalam hidung (ketika berwuduk), mencukur misai, bersiwak, memotong kuku, mencabut bulu ketiak, mencukur rambut kemaluan dan berkhitan.”
Apabila usia meningkat remaja, teringin pula berumahtangga. Majlis pernikahan diatur. Termeterailah ikatan janji untuk berkasih dan bercinta selama-lamanya dengan iringan syahadah dan selawat. Ketika itu, kedua-dua pengantin berharap dapat hidup sebagai suami isteri yang bahagia dan harmoni. Rasulullah SAW bersabda:
“Yang lebih utama lagi ialah lidah yang berzikir, hati yang bersyukur dan isteri yang solehah yang akan membantu seorang mukmin untuk memelihara keimanannya.”
Jika rumahtangga mencontohi rumahtangga Rasulullah, kehidupan akan dipenuhi kebahagiaan dan keberkatan. Sabda Rasulullah SAW:
“Mahukah aku beritahukan sesuatu yang dapat dijadikan sebagai harta simpanan seseorang? Iaitu isteri yang solehah. Jika seorang suami memandangnya, dia membuatnya gembira jika ia memerintahkannya, dia mematuhi, dan jika dia pergi, maka dia akan selalu menjaganya.”
Sebaliknya jika kehidupan rumahtangga tidak dipandu iman, kehidupan bagaikan neraka dunia sebelum ke neraka sebenarnya.
Sehinggalah apabila kita mati, kita diajar bagaimana bertalkin di dalam bersolawat untuk Rasulullah. Terbuktilah setiap kehidupan kita dari sejak lahir sehingga kini mesti berhubung dengan Rasulullah saw. Oleh kerana itu jadikanlah berselawat itu teman dalam kehidupan kita.
Kelebihan bersolawat
Pengalaman kita, doa akan cepat dimakbulkan apabila kita memulai dengan berselawat. Kita akan dapat ketenangan hati. Menyebut nama orang soleh (dalam konteks ini Rasulullah SAW) akan mendatangkan rahmat. Dan yang paling penting ialah dengan bersolawat kita dapat keberkatan dan syafaat. Berselawat adalah sumber kepada syafaat. Syafaat Nabi di akhirat nanti terdapat 5 jenis:
• syafaat untuk membebaskan umat manusia daripada dahsyatnya suasana di Padang Mahsyar
• syafaat untuk memasukkan suatu kaum ke dalam syurga tanpa sebarang hisab atau perhitungan
• syafaat kepada kaum setelah dihisab dan diputuskan untuk menerima hukuman setimpal, supaya hukuman itu kemudian ditarikbalik.
• Syafaat mengeluarkan mereka yang berdosa dari azab neraka
• Syafaat untuk menaiki ke tingkat yang lebih tinggi di syurga.
Selawat juga mengundang keberkatan hidup di dunia.  Apabila kita menyebut nama orang-orang soleh, ia mendatangkan rahmat. Rahmat itulahkeberkatan… Bila ada keberkatan, insya-Allah akan ada kelebihan yang berterusan dan berkekalan.
Keberkatan yang sangat diharapkan ialah keberkatan dari segi rezeki. Kedua, dari segi umur kita, ketiga daripada usaha kita dan keempat, dari segi ilmu. Ini bermakna walaupun ada masanya kita hanya mendapat ‘sedikit’ tetapi dengan keberkatan, insya-Allah, yang sedikit itu adan mencukupi. Misalnya, umur walaupun pendek tapi banyak bakti dan jasanya. Inilah yang terjadi kepada Imam Nawawi, Imam Syafie dan Umar Ibn Aziz.
Jumlah kitab karangan Imam Nawawi misalnya, tidak sepadan dengan umurnya. Usianya hanya sekadar 40 an tetapi beliau sangat produktif. Begitu juga Umar Ibn Aziz, yang hanya sempat menjadi khalifah selama 2 tahun tetapi tempoh pendek itu dipenuhi dengan kecemerlangan yang tidak dapat ditandingi oleh khalifah-khalifah Bani Umayyah yang lain. Inilah pentingnya mendapat ‘umur’ yang berkat.
Manakala ilmu yang berkat pula ialah ilmu yang mampu menyuluh kelemahan diri, menyuluh kebesaran Allah dan menambah amalan soleh kita. Rezki yang berkat pula akan menjadi sumber kekuatan untuk melaksanakan ketaatan, baik ketaatan kepada Allah mahupun khidmat sesama manusia.
Inilah peri pentingnya kita berselawat sebelum berdoa.Tanpa berselawat sekaligus putus hubungan dengan Allah. Bila hubungan kita putus dengan Allah, berbagai-bagai kesusahan akan berlaku. Yang paling kita takuti, hilang keberkatan dalam hidup. Ini akan menyebabkan rezeki kita walaupun banyak tetapi masih tidak cukup-cukup malah melalaikan kita pula.
Umur kita mungkin panjang tapi sayangnya sarat pula dengan dosa. Usaha kita mungkin banyak, tapi tidak dapat meraih kejayaan. Ilmu pun mungkin banyak, tapi menyebabkan kita lalai dan derhaka kepadaNya. Makin tinggi ilmu, semakin ego. Jadi, marilah kita banyak berselawat, justeru ia adalah sumber keberkatan dalam kehidupan

Saturday 3 September 2011

SELAMAT HARI LEBARAN


SELAMAT HARI LEBARAN, SELAMAT HARI KEMENANGAN, SELAMAT AIDUL FIRRI. SEMOGA SEMUA AHLI C-LABS BERGEMBIRA MENYAMBUT KEMENAGAN BERPUASA. KEPADA AHLI-AHLI YANG ADA HUTANG PUASA CEPAT-CEPATLAH LUNASKAN. ADALAH BAIK KALAU KITA DAPAT ADAKAN SATU MAJLIS UNTUK KITA SAMA-SAMA DAPAT BERKUMPUL MERAIKAN SAMBUTAN HARI RAYA TAHUN INI SEPERTI YANG PERNAH KITA LAKUKAN DAHULU.

Tuesday 30 August 2011

UCAPAN TAKZIAH

AL FATIHAH.

Kepada sahabat-sahabat c-Labs, Ucapan Takziah di kirimkan kepada Pn. Zailah (Pembantu Makmal SMk Dato Onn dan keluarga)kerana pada hari semalam bersamaan 29 Ramadhan 1432H ibundanya telah terlebih dahulu kembali ke Rahmatullah. Pada saat kita mengecapi kemenangan berjuang di dalam mengerjakan ibadah puasa, sama-sama kita mendoakan semoga roh ibundan Pn. Zailah ditempatkan bersama-sama hamba-hamba Allah yang solehah dan bersama-sama halitul Jannah. Amin.

Friday 26 August 2011

PENGISIAN MAKLUMAT PAP N1/N4 SECARA ON LINE

Hari ini pengisian maklumat secara on line telah dibuka, diharap semua PAP N1/N4 yang telah menepati tema dan syarat bolehlah mengisi borang secara on line di wab kementerian pelajaran malaysia mulai jam 12.00t/hari.

Thursday 25 August 2011

TERKINI UNTUK ON LINE MAKLUMAT PAP N1/N4

Maklumat terkini dari Kementerian Pelajaran Malaysia, untuk mengisi secara on line ditangguh pada 26.9.2011 jam 12.00 tengahari. Mengapa KPM memilih tarikh ini dan jam ini? Mungkin untuk mengurangkan kesesakan talian, maklumlah pada jam ini orang perempuan saja yang tinggal manakala kaum lelaki ke masjid. Oleh itu diingatkan kepada semua kaum lelaki tinggalkan dulu on line kerana hanya dunia berdoalah banyak-banyak dengan penuh khusyuk semoga dipermudahkan segala urusan khususnya dalam urusan permohonan melalui on line jawatan C17. Selamat mencuba.

PERINGATAN KEPADA PAP N1/N4

Pada pukul 12.00 tengahari hari ini tuan/puan bolehlah melayari wab kementerian pelajaran malaysia masuk ke sesawang Maklumat PAP N1/N4 yang bertugas dimakmal. Jangan lepaskan peluang yang telah diusahakan oleh KSKM. InsaAllah jika ada rezeki tuan/puan, dapatlah melonjak ke Jawatan Pembantu Makmal C17.

Tuesday 23 August 2011

PENGUMPULAN MAKLUMAT PAP NI DAN N4 (MAKMAL)

PENGUMPULAN MAKLUMAT PAP GRED N1/N4 YANG PERNAH MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI PAP DI MAKMAL SAINS

Kepada semua PAP yang telah mengisi borang maklumat yang telah diuruskan oleh KSKM diminta melayari web KPM pada 25 Ogos 2011 jam 12 tengahari. Rujuk sesawang tajuk di atas.

Sila baca pekeliling di bawah untuk keterangan lebih tepat


Monday 15 August 2011

BONUS!!!!!!!! BONUS!!!!!!!!!

Hari ini kakitangan awam yang masih bekerja dan yang telah bersara bolehlah check kat akaun masing-masing samada melalui atm di dinging-dinding pam stesen minyak atau dimana-mana atm.  Telah dipastikan hari ini telah menyembur bonus tu.  Berhemah berbelanja lupakan sakan.

Sunday 14 August 2011

BONUS SETENGAH BULAN

Besok adalah hari yang dijanjikan oleh kerajaan untuk memberi bonus setengah bulan gaji, yang mana gajinya besar dapatlah banyak, yang mana gajinya sikit dapatlah sikit (tak kurang dari RM500).  Walau bagaimanapun bersyukur kepada Allah di atas kurniaan ini.  Berbelanjalah dengan berhemah.

BERITA LAMA TAPI PERLU DIAMBIL PERHATIAN

Bermula 1 Julai 2011, Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) akan mula dilaksanakan bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) selepas termeterai memorandum persefahaman (MoU) antara CEUPACS dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bau-baru ini. Namun,  CEUPACS mengemukakan lima tuntutan baru sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan program itu.
Antara 5 tuntutan CEUPACS yang menjadi pra-syarat persetujuan itu adalah :- 
  1. supaya pangkat pegawai dinaikkan secara automatik selepas menamatkan kursus kompetensi,
  2. memberi tiga kenaikan insentif bagi setiap kali kenaikan pangkat,
  3. melantik dua wakil CUEPACS dalam panel penilai PROSPEK,
  4. penubuhan jawatankuasa utama yang dianggotai CUEPACS dan JPA bagi memantau pelaksanaan PROSPEK dan isu berkaitan,
  5. memastikan setiap perkara dipersetujui dalam perjanjian sebelum ini dipatuhi kedua-dua pihak sebelum pekeliling mengenai penilaian dikeluarkan.

Friday 12 August 2011

BERITA BAIK UNTUK PAP MAKMAL PERKHIDMATAN LAMA









































Kepada semua PAP N1 dan N4 yang pernah lama bertugas di makmal sains dan telah mengisi borang maklumat diri kepada KSKM berpeluang untuk ditukar lantik ke jawatan Pembantu Makmal C17. 
Langkah pertama telah dimulakan, kini bergantung kepada semakan yang akan dibuat oleh SPP yang kemudiannya akan dimajukan kepada JPA.  Banyak-banyak berdoa semoga rezeki berpihak kepada kita.
Wamaiyatakilla.

Thursday 11 August 2011

WAKTU BEKERJA

Adalah menjadi kebiasaan bagi mana-mana sekolah yang akan mempertikaikan tanggungjawab pembantu makmal.  Sebanarnya jarang sekali kita dengar pembantu makmal akan dipuji kerana tugas-tugasnya.  Sebagai pembantu makmal kita harus meneruskan amanah yang telah di amanahkan kepada kita sebagai pembantu makmal.  Tugas-tugas kita sebagai pembantu makmal yang dipertanggungjawabkan kepada kita seharusnya kita galas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Saya ingin menyentuh masa bekerja yang sepatutnya kita perlu patuhi:

Ada setengah sekolah 2 sidang masa bertugas seperti berikut:
masuk pukul 7.00 pagi rehat pukul 12.00 masuk dari rehat pukul 1.00 dan balik pukul 4.00 petang (masa bekerja kita mesti 9 jam termasuk 1jam waktu rehat).  Kalau ramai pembantu makmal kita boleh gilir-gilirkan waktu bekerja; contohnya seorang pembantu makmal masuk pukul 7.00 pagi, ada yang masuk pukul 8.00 ada yang masuk pukul 9.00.  Sebenarnya masa bertugas bergantung kepada kepentingan P&P.  Walau bagaimanapun pengetua mempunyai kuasa mutlak menentukan masa bekerja tetapi tidak lari dari arahan perkhidmatan.

Bagi sekolah satu sidang kebanyakkan sekolah masuk pukul 7.00 pagi dan balik pukul 4.00 petang.  Kadang kita ada dengar pembantu makmal tidak ambil waktu rehatnya dan balik pukul 3.00 petang.  Sekali lagi saya katakan pengetua mempunyai kuasa mutlak mengenai perkara ini. 




Wednesday 10 August 2011

PENTADBIR OH PENTADBIR

Kita sering mendengar mengenai nasib pembantu makmal yang sering dinafikan haknya sebagai pembantu makmal pelajaran. Banyak aduan-aduan yang telah diterima mengenai perkara ini. Terbaru ada sebuah sekolah dimana pentadbirnya telah menidakkan kepentingan pembantu makmal di dalam tanggungjawabnya membantu guru dalam proses P&P. Bukan sahaja tenaga pembantu makmalnya dikerah bertugas dtempat yang bukan sepatutnya malah kekurangan pembantu makmal telah menyebabkan pembantu makmal yang tinggal terpaksa berhempas pulas menyelesaikan bebanan kerja yang bertambah. Sekolah ini mempunyai 8 buah makmal, ada aliran sains malah ada tingkatan 6 sains. Semua makmal digunakan. Pada mulanya ada 4 orang pembantu makmal yang menguruskan 8 buah makmal. Seorang daripadanya telah bersalin, tinggal 3. 3 orang ini sahaja yang tinggal untuk menguruskan makma-makmal tersebut malah kedudukan antara makmal-makmal tersebut jauh. Malang nasib 3 pembantu makmal ini apabila seorang daripadanya telah di tarik bertugas di pejabat kerana PAP pejabat telah bersalin, tinggal 2 orang menguruskan 8 buah makmal yang antaranya jauh kedudukannya. 2 orang pembantu makmal ini pula 1 orang sangat berpengalaman dan 1 orang lagi kurang sangat pengalamannya.  Pada ketika ini semua guru sains tau memang banyak eksperimen perlu dibuat. Banyangkanlah nasib 2 orang pembantu makmal ini. Rayuannya kepada pihak pentadbir tidak dilayan untuk mendapatkan semula sahabatnya yang telah diambil bertugas di pejabat. Doa orang yang di zalimi memang makbul, apabila sekolah ini telah di datangkan pembantu makmal baru. Tetapi apa yang boleh pembantu baru ini dapat buat dengan tiada pengalaman. Ingatlah wahai pentadbir yang kejam, anda bukan sahaja menzalimi pembantu makmal ini malah anda menzalami pelajar-pelajar yang menuntut ilmu yang terjejas sekiranya pembantu makmal yang anda zalimi ini gagal memenuhi kehendak guru dan pelajar. Kami pembantu makmal adalah manusia biasa dan kami ada hak keatas hak kami. Walau bagaimanapun kami sedar kami harus menurut perintah, tetapi jangan anda gunakan hak anda sewenag-wenangnya.

Tuesday 9 August 2011

MAKLUMAT PENEMPATAN PEMBANTU MAKMAL BARU

Semua pembantu makmal baru berjumlah 13 orang yang melapor diri di Batu Pahat adalah perempuan. Sekolah-sekolah yang mendapat pembantu makmal baru ialah setiap sebuah sekolah seorang ialah SMK Tinggi, SMK Dato' Syed Esa, SMK Banang Jaya, SMK Dato Onn, SMK Convent, SMK Seri Gading, SMK Dato' Seth, SMK Tun Ismail, SMK Permata Jaya, SMK Tun Sardon, SMk Sri Medan, SMK Dato' Sulaiman dan SMK Yong Peng.

Kepada semua pembantu makmal baru diharap belajarlah pengurusan makmal dengan senior, semoga anda menjadi pembantu yang cermelang


Friday 5 August 2011

TAHNIAH

Majlis Anggota Staf Makmal Sains Pelajaran Batu Pahat (c-Labs) mengucapkan setinggi tahniah kepada guru-guru dan pegawai PPD/Batu Pahat yang dinakikan pangkat mulai 1 Ogos 2011.

Ucapan tahniah khas untuk Pegawai berikut yang dilantik sebagai:












1. En. Mohsin bin Ibrahim Pengetua SMK Penghulu Saad















2. En. Armas bin Derosman Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat











3. En. Jaheni Sidek Pengetua SMK Taman Seri Saujana, Kota Tinggi

4. Pn. Ramlah Pengetua SMK Taman Rinting2
5. Pn. Zahrah Pengetua SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang
6. Pn. Hjh. Khayaton Taib Pengetua SMK Tun Aminah
7. En. Mohd Isman Pengetua SMK LKTP Pemanis, Segamat
8. Pn. Hjh. Hanim Pengetua SMK Pekan Baru, Muar
9. Pn. Tan Pengetua SMK Convent

catatan: nama pegawai di atas akan dikemaskini kemudian

Wednesday 3 August 2011

RAYUAN DOA

Sama-sama kita mendoakan semoga ayahnda kepada Faizal Othman Pembantu Makmal SMK Datuk Menteri semboh dari penyakit paru-paru berair.  Semoga doa tuan/puan di dalam bulan yang penuh keberkhatan ini segera dimakbulkan dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sihat sejahtera. Amin.  Bagi sesiapa yang hendak menziarah bolehlah ke hospital batu pahat wad 3.

Monday 1 August 2011

RAMADHAN AL MUBARAK 1432H

c-Labs Batu Pahat mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh khusyuk dan tawaduk, semoga ibadah puasa tahun ini menjadikan kita sebagai hamba Allah yang bertaqua.  Untuk menjadikan kita bertaqua hendaklah kita sama-sama meningkatkan ibadah dan amal soleh.

Wednesday 27 July 2011

SELAMAT DATANG PEMBANTU MAKMAL BARU KE DAERAH BATU PAHAT

Mazia melaporkan
Mazia Abu Samadposted toC-lab Bp Johor
Seramai 52 org PM baru masuk ke Daerah BP..selamat melapor diri..dan bertugas di sekolah yg dihantar..Faizal Othman cepat2 bg mereka borang keahlian KSKM supaya x tertinggalan..
Bertugaslah dengan bertanggungjawab dan berhati-hati dalan menjalankan tugas. Bertanyalah pada senior jika ada apa-apa yang tidak faham.  InsaAllah c-labs akan mengadakan kursus-kursus dalam untuk pm2 baru.

Selamat bertugas

Sunday 24 July 2011

Maklumat dari Mazia Abu Samad

Mazia Abu Samad Taniah di atas kewujudan blog c-labs.. alamak..info dr sy dh di masukan hee.hee.. penambahan..mereka akan melapor diri pd 25 & 26 julai di HOTOE SELESA JOHOR..kemudia akan diberi kursus pendek seterusnya akan diberi penempatan..Dgr yer mreka akan di hantar di Daerah mereka sendiri..so harap BP dt ramai PM BARU.. amin

Saturday 23 July 2011

TERKINI

Maklumat dari Mazia Abu Samad.  Pembantu Makmal baru akan melapor diri pada minggu hadapan. Mudah-mudahan daerah Batu Pahat akan mendapat ramai pembantu makmal baru.  SELAMAT DATANG - SELAMAT BERTUGAS

Friday 22 July 2011

AKTIVITI HARI INI

Semakan Dokumen Kewangan dan Baucar Tuntutan Jun 2011
Kehadiran:
1. Ketua Pembantu Tadbir
2. Pembantu Makmal
3. Pembantu Pengurusan Murid

Tempat:
PKG Ayer Hitam

Tarikh:
21.7.2011

Masa:
8.00 pagi
Penceramah:
Tn. Hj. Mohd Zailudin b Salimon

Pengisian:
Selain daripada semakan baucar, perbincangan berkaitan PS4, PS5, PA2 dan PA3