Tuesday 30 August 2011

UCAPAN TAKZIAH

AL FATIHAH.

Kepada sahabat-sahabat c-Labs, Ucapan Takziah di kirimkan kepada Pn. Zailah (Pembantu Makmal SMk Dato Onn dan keluarga)kerana pada hari semalam bersamaan 29 Ramadhan 1432H ibundanya telah terlebih dahulu kembali ke Rahmatullah. Pada saat kita mengecapi kemenangan berjuang di dalam mengerjakan ibadah puasa, sama-sama kita mendoakan semoga roh ibundan Pn. Zailah ditempatkan bersama-sama hamba-hamba Allah yang solehah dan bersama-sama halitul Jannah. Amin.

Friday 26 August 2011

PENGISIAN MAKLUMAT PAP N1/N4 SECARA ON LINE

Hari ini pengisian maklumat secara on line telah dibuka, diharap semua PAP N1/N4 yang telah menepati tema dan syarat bolehlah mengisi borang secara on line di wab kementerian pelajaran malaysia mulai jam 12.00t/hari.

Thursday 25 August 2011

TERKINI UNTUK ON LINE MAKLUMAT PAP N1/N4

Maklumat terkini dari Kementerian Pelajaran Malaysia, untuk mengisi secara on line ditangguh pada 26.9.2011 jam 12.00 tengahari. Mengapa KPM memilih tarikh ini dan jam ini? Mungkin untuk mengurangkan kesesakan talian, maklumlah pada jam ini orang perempuan saja yang tinggal manakala kaum lelaki ke masjid. Oleh itu diingatkan kepada semua kaum lelaki tinggalkan dulu on line kerana hanya dunia berdoalah banyak-banyak dengan penuh khusyuk semoga dipermudahkan segala urusan khususnya dalam urusan permohonan melalui on line jawatan C17. Selamat mencuba.

PERINGATAN KEPADA PAP N1/N4

Pada pukul 12.00 tengahari hari ini tuan/puan bolehlah melayari wab kementerian pelajaran malaysia masuk ke sesawang Maklumat PAP N1/N4 yang bertugas dimakmal. Jangan lepaskan peluang yang telah diusahakan oleh KSKM. InsaAllah jika ada rezeki tuan/puan, dapatlah melonjak ke Jawatan Pembantu Makmal C17.

Tuesday 23 August 2011

PENGUMPULAN MAKLUMAT PAP NI DAN N4 (MAKMAL)

PENGUMPULAN MAKLUMAT PAP GRED N1/N4 YANG PERNAH MENJALANKAN TUGAS SEBAGAI PAP DI MAKMAL SAINS

Kepada semua PAP yang telah mengisi borang maklumat yang telah diuruskan oleh KSKM diminta melayari web KPM pada 25 Ogos 2011 jam 12 tengahari. Rujuk sesawang tajuk di atas.

Sila baca pekeliling di bawah untuk keterangan lebih tepat


Monday 15 August 2011

BONUS!!!!!!!! BONUS!!!!!!!!!

Hari ini kakitangan awam yang masih bekerja dan yang telah bersara bolehlah check kat akaun masing-masing samada melalui atm di dinging-dinding pam stesen minyak atau dimana-mana atm.  Telah dipastikan hari ini telah menyembur bonus tu.  Berhemah berbelanja lupakan sakan.

Sunday 14 August 2011

BONUS SETENGAH BULAN

Besok adalah hari yang dijanjikan oleh kerajaan untuk memberi bonus setengah bulan gaji, yang mana gajinya besar dapatlah banyak, yang mana gajinya sikit dapatlah sikit (tak kurang dari RM500).  Walau bagaimanapun bersyukur kepada Allah di atas kurniaan ini.  Berbelanjalah dengan berhemah.

BERITA LAMA TAPI PERLU DIAMBIL PERHATIAN

Bermula 1 Julai 2011, Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) akan mula dilaksanakan bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) selepas termeterai memorandum persefahaman (MoU) antara CEUPACS dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bau-baru ini. Namun,  CEUPACS mengemukakan lima tuntutan baru sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan program itu.
Antara 5 tuntutan CEUPACS yang menjadi pra-syarat persetujuan itu adalah :- 
  1. supaya pangkat pegawai dinaikkan secara automatik selepas menamatkan kursus kompetensi,
  2. memberi tiga kenaikan insentif bagi setiap kali kenaikan pangkat,
  3. melantik dua wakil CUEPACS dalam panel penilai PROSPEK,
  4. penubuhan jawatankuasa utama yang dianggotai CUEPACS dan JPA bagi memantau pelaksanaan PROSPEK dan isu berkaitan,
  5. memastikan setiap perkara dipersetujui dalam perjanjian sebelum ini dipatuhi kedua-dua pihak sebelum pekeliling mengenai penilaian dikeluarkan.

Friday 12 August 2011

BERITA BAIK UNTUK PAP MAKMAL PERKHIDMATAN LAMA









































Kepada semua PAP N1 dan N4 yang pernah lama bertugas di makmal sains dan telah mengisi borang maklumat diri kepada KSKM berpeluang untuk ditukar lantik ke jawatan Pembantu Makmal C17. 
Langkah pertama telah dimulakan, kini bergantung kepada semakan yang akan dibuat oleh SPP yang kemudiannya akan dimajukan kepada JPA.  Banyak-banyak berdoa semoga rezeki berpihak kepada kita.
Wamaiyatakilla.

Thursday 11 August 2011

WAKTU BEKERJA

Adalah menjadi kebiasaan bagi mana-mana sekolah yang akan mempertikaikan tanggungjawab pembantu makmal.  Sebanarnya jarang sekali kita dengar pembantu makmal akan dipuji kerana tugas-tugasnya.  Sebagai pembantu makmal kita harus meneruskan amanah yang telah di amanahkan kepada kita sebagai pembantu makmal.  Tugas-tugas kita sebagai pembantu makmal yang dipertanggungjawabkan kepada kita seharusnya kita galas dengan penuh tanggungjawab dan amanah.

Saya ingin menyentuh masa bekerja yang sepatutnya kita perlu patuhi:

Ada setengah sekolah 2 sidang masa bertugas seperti berikut:
masuk pukul 7.00 pagi rehat pukul 12.00 masuk dari rehat pukul 1.00 dan balik pukul 4.00 petang (masa bekerja kita mesti 9 jam termasuk 1jam waktu rehat).  Kalau ramai pembantu makmal kita boleh gilir-gilirkan waktu bekerja; contohnya seorang pembantu makmal masuk pukul 7.00 pagi, ada yang masuk pukul 8.00 ada yang masuk pukul 9.00.  Sebenarnya masa bertugas bergantung kepada kepentingan P&P.  Walau bagaimanapun pengetua mempunyai kuasa mutlak menentukan masa bekerja tetapi tidak lari dari arahan perkhidmatan.

Bagi sekolah satu sidang kebanyakkan sekolah masuk pukul 7.00 pagi dan balik pukul 4.00 petang.  Kadang kita ada dengar pembantu makmal tidak ambil waktu rehatnya dan balik pukul 3.00 petang.  Sekali lagi saya katakan pengetua mempunyai kuasa mutlak mengenai perkara ini. 




Wednesday 10 August 2011

PENTADBIR OH PENTADBIR

Kita sering mendengar mengenai nasib pembantu makmal yang sering dinafikan haknya sebagai pembantu makmal pelajaran. Banyak aduan-aduan yang telah diterima mengenai perkara ini. Terbaru ada sebuah sekolah dimana pentadbirnya telah menidakkan kepentingan pembantu makmal di dalam tanggungjawabnya membantu guru dalam proses P&P. Bukan sahaja tenaga pembantu makmalnya dikerah bertugas dtempat yang bukan sepatutnya malah kekurangan pembantu makmal telah menyebabkan pembantu makmal yang tinggal terpaksa berhempas pulas menyelesaikan bebanan kerja yang bertambah. Sekolah ini mempunyai 8 buah makmal, ada aliran sains malah ada tingkatan 6 sains. Semua makmal digunakan. Pada mulanya ada 4 orang pembantu makmal yang menguruskan 8 buah makmal. Seorang daripadanya telah bersalin, tinggal 3. 3 orang ini sahaja yang tinggal untuk menguruskan makma-makmal tersebut malah kedudukan antara makmal-makmal tersebut jauh. Malang nasib 3 pembantu makmal ini apabila seorang daripadanya telah di tarik bertugas di pejabat kerana PAP pejabat telah bersalin, tinggal 2 orang menguruskan 8 buah makmal yang antaranya jauh kedudukannya. 2 orang pembantu makmal ini pula 1 orang sangat berpengalaman dan 1 orang lagi kurang sangat pengalamannya.  Pada ketika ini semua guru sains tau memang banyak eksperimen perlu dibuat. Banyangkanlah nasib 2 orang pembantu makmal ini. Rayuannya kepada pihak pentadbir tidak dilayan untuk mendapatkan semula sahabatnya yang telah diambil bertugas di pejabat. Doa orang yang di zalimi memang makbul, apabila sekolah ini telah di datangkan pembantu makmal baru. Tetapi apa yang boleh pembantu baru ini dapat buat dengan tiada pengalaman. Ingatlah wahai pentadbir yang kejam, anda bukan sahaja menzalimi pembantu makmal ini malah anda menzalami pelajar-pelajar yang menuntut ilmu yang terjejas sekiranya pembantu makmal yang anda zalimi ini gagal memenuhi kehendak guru dan pelajar. Kami pembantu makmal adalah manusia biasa dan kami ada hak keatas hak kami. Walau bagaimanapun kami sedar kami harus menurut perintah, tetapi jangan anda gunakan hak anda sewenag-wenangnya.

Tuesday 9 August 2011

MAKLUMAT PENEMPATAN PEMBANTU MAKMAL BARU

Semua pembantu makmal baru berjumlah 13 orang yang melapor diri di Batu Pahat adalah perempuan. Sekolah-sekolah yang mendapat pembantu makmal baru ialah setiap sebuah sekolah seorang ialah SMK Tinggi, SMK Dato' Syed Esa, SMK Banang Jaya, SMK Dato Onn, SMK Convent, SMK Seri Gading, SMK Dato' Seth, SMK Tun Ismail, SMK Permata Jaya, SMK Tun Sardon, SMk Sri Medan, SMK Dato' Sulaiman dan SMK Yong Peng.

Kepada semua pembantu makmal baru diharap belajarlah pengurusan makmal dengan senior, semoga anda menjadi pembantu yang cermelang


Friday 5 August 2011

TAHNIAH

Majlis Anggota Staf Makmal Sains Pelajaran Batu Pahat (c-Labs) mengucapkan setinggi tahniah kepada guru-guru dan pegawai PPD/Batu Pahat yang dinakikan pangkat mulai 1 Ogos 2011.

Ucapan tahniah khas untuk Pegawai berikut yang dilantik sebagai:












1. En. Mohsin bin Ibrahim Pengetua SMK Penghulu Saad















2. En. Armas bin Derosman Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat











3. En. Jaheni Sidek Pengetua SMK Taman Seri Saujana, Kota Tinggi

4. Pn. Ramlah Pengetua SMK Taman Rinting2
5. Pn. Zahrah Pengetua SMK Jalan Kota Tinggi, Kluang
6. Pn. Hjh. Khayaton Taib Pengetua SMK Tun Aminah
7. En. Mohd Isman Pengetua SMK LKTP Pemanis, Segamat
8. Pn. Hjh. Hanim Pengetua SMK Pekan Baru, Muar
9. Pn. Tan Pengetua SMK Convent

catatan: nama pegawai di atas akan dikemaskini kemudian

Wednesday 3 August 2011

RAYUAN DOA

Sama-sama kita mendoakan semoga ayahnda kepada Faizal Othman Pembantu Makmal SMK Datuk Menteri semboh dari penyakit paru-paru berair.  Semoga doa tuan/puan di dalam bulan yang penuh keberkhatan ini segera dimakbulkan dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sihat sejahtera. Amin.  Bagi sesiapa yang hendak menziarah bolehlah ke hospital batu pahat wad 3.

Monday 1 August 2011

RAMADHAN AL MUBARAK 1432H

c-Labs Batu Pahat mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa dengan penuh khusyuk dan tawaduk, semoga ibadah puasa tahun ini menjadikan kita sebagai hamba Allah yang bertaqua.  Untuk menjadikan kita bertaqua hendaklah kita sama-sama meningkatkan ibadah dan amal soleh.