Sunday 7 July 2013

WAYANG KULIT SATU REALITI ATAU PENIPUAN

SATU KISAH DALAM MASYARAKAT:


Ini satu kisah, bagaimana bayang-bayang yang tidak mempunyai nilai telah di naikan pangkat, menjadi imam yang berpengaruh. Satu keistemewaan apabila ia besar mungkin ia boleh memayungi ramai orang dari terik cuaca mentari, jika ianya sebesar lidi penyapu untuk jentik-jenitk atau yang seumpamanya sahajalah yang memuji-muji baying-bayang itu.
Aku nak cerita kisah wang kulit, aku yakin semua orang tahu tayangan wayang kulit. Ia adakah merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing).dam terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka.
Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton yang berada disebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar.
Samalah seorang yang realitinya adalah seorang yang tidak ada apa tapi menjadi sebutan apabila ada dalang yang mengalunkan cerita dari skrip yang telah ditulis. Tok dalang wang kulit memang pakar mencerita kerana telah lama menjadi dalang. Tokoh pementasan bayang tak tau apa kerana ianya sekadar bayang. Apabila tok dalang gerakkan dia geraklah dia,, satu watak bayang wayng kulit biasanya seorang dewa atau raja yang dianggap baik tetapi kalau kata dalang raja tu jahat-jahatlah dia. Semua bergantung kepada skrip tok dalang.
Ceritanya yang aku nak sampaikan ialah, berhati-hati dengan tok dalang. Tok dalang ni dah banyak tempat dia terjah, untuk menyampai karutnya. Jadilah manusia yang memilih kehidupan yang nyata, mengapa pilih bayang yang menghiburkan tetapi kosong, sebenarnya yang terhibur ialah tok dalang, kerana ramai yang menjadi ahlinya.
PIKIR-PIKIRLAH KATAKU INI.

No comments:

Post a Comment