Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas
raldhiallahu 'anhuma, ia berkata : "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam
adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan
Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya
Al-Qur'an. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu
membacakan kepadanya Al-Qur'an. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam
ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang
berhembus. Hadits ini diriwayatkan pula oleh Ahmad dengan tambahan :
"Dan beliau tidak pernah dimintai sesuatu kecuali memberikannya." Dan
menurut riwayat Al-Baihaqi, dari Aisyah radhiallahu 'anha : "Rasulullah
shallallahu 'alaihi wasallam jika masuk bulan Ramadhan membebaskan
setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta."
Berbagai cara untuk kita beramal dibulan yang mulia ini antaranya memeberi makan orang yang berbuka puasa, “Barang siapa yang
bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya
menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya
dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada
pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak
kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis
Bukhari).
Kita telah dimaklumkan ada sahabat kita yang diuji Allah akan kesakitan dan keuzuran, pada ketika ini lah kita datang membantu, sepetutnya kita bersykur di atas nikamat sihat yang dianugerahkan Allah kepada kita dan kita insaf di atas nasib yang menimpa sahabat kita tadi. Sebagai seorang sahabat dan mengaku hamba Allah kita sepatutnya terpanggil membantu meringkan beban sahabat kita yang uzur atau keluarganya. Pada ketika inilah kita datang menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan (contohnya).
pelaboran akhirat |
Suka di nasihatkan bila menderma itu biarlah menderma yang kita suka, kerana menderma seperti itulah yang Allah suka (yang penting ikhlas). Janganlah kita menderma atau bersedekah sedangkan kalau kita menerimanyapun kita tak suka. Kalau kita ada rezeki yang lebih, tidak keberatan rasanya kalau kita menderma lebih.
Seorang sahabat sakit, kita diminta untuk membantu, kita ada ramai dalam satu organisasi apabila di kumpulkan derma atau sumbangan tentulah menjadi banyak, tetapi ada juga berlaku dalam satu organisasi, walaupun dah dikumpul-kumpulkan ia tidak menjadi banyak, kan ia menjadi satu yang pelik, tetapi ianya berlaku.(percaya atau tidak, fikir-fikirlah).
Kalau kita di beri tahu mahukah kamu jika kamu memberi saya rm10 saya beri kamu rm70, tentu kita mahukan, itulah yang telah Allah beritahu memlalui nabiNya Muhammad s.a.w. kepada umatnya yang beramal di bulan Ramadhan. Oleh itu, berlumba-lumbalah kita beramal dan menolong sahabat yang dalam kesusahan. Muhasabahlah diri adakah kita mempunyai bekalan di hari pembalasan kelak.
TOLONGLAH SAHABAT KITA YANG DI DALAM KESUSAHAN, KEJAR-KEJARLAH PELUANG BERAMAL (BERSEDEKAH/MENDERMA) DIBULAN RAMADHAN YANG BANYAK KELEBIHAN.
TOLONGLAH SAHABAT KITA YANG DI DALAM KESUSAHAN, KEJAR-KEJARLAH PELUANG BERAMAL (BERSEDEKAH/MENDERMA) DIBULAN RAMADHAN YANG BANYAK KELEBIHAN.
No comments:
Post a Comment