Wednesday 26 June 2013

PELUANG PEMBANTU MAKMAL C17 DINAIKKAN GRED

CUEPACS GESA KERAJAAN NAIKKAN GRED PEMBANTU MAKMAL C17


Dato' Omar Osman bersama Presiden KSKM Malaysia En. Hamran Ahmad 4 dari kanan dan Pengerusi KSKM Cawangan Johor Pn Anita Md Nor 5 dari kanan dan barisan kepimpinan KSKM Cawangan Johor
MELAKA, 20 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menaikkan gred kira-kira 20,000 pembantu makmal C17 selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata langkah itu wajar berikutan beberapa jawatan yang sama gred dengan pembantu makmal, termasuk juruteknik dan pembantu pertanian, telah dinaikkan.
Beliau berkata pembantu makmal di peringkat sekolah dan universiti memainkan peranan penting, terutama melibatkan perkembangan sains dan teknologi di negara ini.
"Kita telah perjuangkan untuk gred pembantu makmal ini dinaikkan ke tahap yang lebih baik sejak lima tahun lepas, dan sudah sampai masanya kerajaan mempercepatkannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah Transformasi Kakitangan Awam Ke arah Budaya Kerja Cemerlang yang dihadiri 270 pembantu makmal Negeri Melaka di Melaka, Khamisi
Omar berkata pembantu makmal perlu diberi kursus dan latihan dalam dan luar negara bagi mempertingkat kemahiran serta ilmu mereka.
Beliau berkata langkah ini bertujuan mempersiap golongan penjawat awam itu dalam berhadapan pelajar sekolah dan universiti yang celik pelbagai penggunaan teknologi semasa.

No comments:

Post a Comment