Friday 23 November 2012

BAJU KORPORAT c-Labs Batu Pahat

Sebagaimana keputusan mesyuarat c-Labs yang diadakan di Dewan Aura Bitara PPD Batu Pahat pada 29 Mei 2012 dan Mesyuarat AJK di SMK Datuk Menteri telah memutuskan bahawa warna baju yang dipersetujui ialah baju berwarna putih dan berbahu ungu (purple).  Sebagaimana telah diamanahkan baju yang telah di siapkan dan dijadikan contoh telah dipamirkan semasa Kursus Asas Pembantu Makmal di SMK Sains Batu Pahat pada 20 November 2012.  

Kepada rakan-rakan yang belum melihatnya berikut adalah baju korporat yang dipakai oleh model sebagai contoh:

Cantik, anggun lagi bergaya
Baju korporat bagi wanita boleh dipakai dengan tudung diluar.  Jenis kain tidaklah terlalu tipis tetapi jika ada yang khuawatir bolehlah memakai baju lapis di dalam















PM Siti Hadijah menggayakan baju korporat wanita
Baju korporat untuk wanita warna unggu di bahagian bawah sebelah pinggang.
PM Sahril dan PM Siti Hadijah

PM Sahril Jumaren
Baju kooporat lelaki ungu dikolar dan hujung lengan, kocek di dalam, walau bagaimanapun ada contoh kocek di luar yang tidak dipaparkan di blog ini
Dengan logo Kementerian Pelajaran Malaysia, manakala di bawah logo ada perkataan c-Labs Batu Pahat di sebelah kiri baju manakala di sebelah kanan tertera nama PM
Bagi pembantu makmal wanita boleh juga memakai dengan tudung dimassukan ke sebelah dalam baju seperti model.
Tudung dimasukan di dalam baju korporat.  Terpulang kepada PM untuk mengayakan pemakaiannya


Disebelah belakang baju  korporat wanita bertanahkan putih sepenuhnya
Jelas kelihatan kesesuaian pemakainya walaupun pandangan dari belakang
Pandangan belakang baju korporat lelaki,  Warna ungu dibahagian bahu, sebagaimana dipersetujui.

1 comment:

  1. Assalam mcm mana nak apply jawatan pembntu makmal ni???melalui SPA ker?kalau pergi PPD xboleh ker?

    ReplyDelete