Friday 27 July 2012

LAB COAT

Lab Coat pembantu makmal bukanlah pakaian seragam seperti pakaian seragam kakitangan lain seperti pembantu am pejabat atau jaga.  Lab coat ni dipakai bila sesuatu keperluan asas diperlukan memakainya, seperti membuat larutan atau ketika membantu guru menjalankan amali di dalam makmal, mengecat meja makmal.  Seperti seorang doktor di hospital dia tidak memakainya ketika datang bekerja dari rumah atau ketika sepanjang masa di hospital.  Dia akan memakainya ketia membuat pemeriksaan pesakit dan lain-lain tempat yang dia kena memakainya, dia juga tidak harus memakainya sepanjang masa ketika di hospital.

Contoh Lab Coat
Seorang pengetua telah mengarahkan supaya pembantu makmal memakai lab coat ini sepanjang masa bekerja di dalam makmal, dia tak tenguk kainnya ke.  Bayangkanlah seorang pembantu makmal memakai baju kurung dan di sarung lagi lab coat sambil menyapu lantai.....  panas... berpeluh....  Ini bukan uniform pembantu am pejabat tipis. Berbeza dengan pemakai lab coat di universiti, makmalnya pun ada penghawa dingin, macam setengah bilik pengetua.

Ketebalan Lab Coat dpat dilihat disini
Pengetua-pengetua janganlah terlalu mengunakan kuasa yang ada, nak bagi arahan tenguk-tenguklah logik dulu. kami dapat duit untuk buat baju ni pun bukan kami yang mintak, malah kami labih suka terima lab coat siap daripada dapat duit, banyak yang mencemburuinya.

Ada pengetua yang mengarahkan supaya lab coat mesti siap sebelum hari raya ni.  Arahan apa ni....
nilah yang dinamakan kemaruk kuasa. gunakanlah akal budi bicara.

Bagi pembantu makmal yang terlibat, harap bersabarlah, kalau perlu ikut arahan pengetua tu ikutlah, buat sekadar terdaya.  Kalau boleh siap sebelum harirayani kami ucap syabas, tapi mana ada yang sanggup di saat ketika orang semua menempah baju raya.

Aku suka Cikgu Junaidi Santano, semua pengetua kenal beliau.  Aku dengar cikgu Junaidi bila berada bersama kerani beliau jadi kerani, bila bersama guru tentulah beliau seorang guru, bila bersama pembantu makmal beliau jadi pembantu makmal malah bila bersama pekerja buruh kasar beliau jadi buru kasar.  Ada pengetua lain sepertinya?

Pn. Hjh Junaidi Santano mengetip punch cad terakhir
Aku dengar juga Cikgu Junaidi bersara dengan pencen penuh.  Ini lah yang dinamakan pengetua cemerlang.  Cemerlang semua sudut bukan pada kuasanya tapi pada hati nuraninya.  Syabas Pn. Junaidi semoga puan sentiasa diberkhati Allah.

No comments:

Post a Comment