Tuesday 12 March 2013

SISTEM SARAAN TRANSFORMATIF

DARIPADA SST HANYA DIBAWAH INI SAHAJA YANG SAYA FAHAM UNTUK KUMPULAN PELAKSANA:
(Rumusan saya merujuk kenyataan akhbar YBHG. DATO’ SRI DR. ALI BIN HAMSA
KETUA SETIAUSAHA NEGARA MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2013
PADA 11 MAC 2013)


PERLUASAN KAEDAH KENAIKAN PANGKAT

Di samping itu, Kerajaan juga secara prinsip bersetuju bagi meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu, Kenaikan Pangkat Laluan Pantas (Fast Track), Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang (Subject Matter Expert) dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi (High Skills) dalam menambah baik laluan kemajuan kerjaya penjawat awam dalam jangka panjang. Kaedah pelaksanaannya termasuk pembangunan kriteria dan struktur panel khas untuk ketiga-tiga laluan baru tersebut akan diperinci sebelum dilaksanakan.

FAEDAH BERIKUTAN PEMBETULAN STRUKTUR GAJI

 Mengambil kira usaha-usaha penambahbaikan tersebut hanya akan dapat diselesaikan sebelum akhir tahun ini, maka Kerajaan bersetuju untuk memberi kepada semua penjawat awam faedah pemindahan gaji
sebanyak 1 KGT yang diawalkan pada 1 Julai 2013. Ini sejajar dengan falsafah yang dipegang oleh Kerajaan yang senantiasa menghargai jasa dan sumbangan penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan kepada negara.

KGT yang akan diperolehi adalah pada kadar mengikut gred jawatan/ gred gaji masing-masing seperti contoh untuk Perkhidmatan Awam Am seperti berikut:

Gred 1=RM80.00
Gred 17=RM95.00
Gred 41=RM225.00
Gred 54=RM320.00

No comments:

Post a Comment