Friday 3 August 2012

IMBUHAN TETAP PERUMAHAN DISELARAS


Cadangan Cuepacs Kepada Suruhanjaya Khas Mengenai Transformasi Perkhidmatan Awam

1.  Penyelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan untuk semua penjawat awam
2.  Penurunan kadar faedah pinjaman perumahan daripada 4 peratus kepada 1 peratus
3. Pelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300

4. Menaikkan elaun tetap keraian.
5. Kita juga minta 22 klasifikasi perkhidmatan yang telah diberi persetujuan untuk dinaik taraf (dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)) daripada gred 17 kepada gred 27 seperti juruteknik, renjer hutan, pembantu pertanian berkuatkuasa 1 Januari 2012," katanya

Merujuk para 5 di atas, aku tak tau jawatan aku tersenarai ke tidak.  Tempohari dalam blog ini bertarikh 12 Julai 2012 di bawah tajuk CADANGAN KENAIKAN GRED PEMBANTU MAKMAL C17 KE C27, aku menyuarakan pandangan aku sendiri.  Adakah Pembantu Makmal tersenarai dalam 22 klasifikasi perkhidmatan yang dicadang itu.

Kepada rakan-rakan pembantu makmal seluruh Malaysia jika anda belum menjadi ahli KSKM sila daftar segera kerana suara yang ramai akan menguatkan lagi kesatuan kita, suara kita adalah tuntutan kita jika kita ramai sahaja tetapi tidak menjadi ahli KSKM suara kita tidak akan didengar, yang hendak diperjuangkan adalah periuk nasi anda juga.  

LOGO KSKM
Oleh itu tugas anda adalah menyuarakan hak melalui KSKM.
JAWATANKUASA TERTINGGI KSKM - SOKONG MEREKA - BIARKAN MEREKA MENJALANKAN AMANAH YANG DIBERI KEPADA MEREKA - TUGAS ANDA MENDAFTAR MENJADI AHLI KSKM

No comments:

Post a Comment