Wednesday 30 May 2012

MESYUARAT AGUNG c-lab

Pengerusi Tn. Hj. Zainal Jais telah membuat kejutan membuat pengumuman hendak mengadakan mesyuarat agung mengejut.  Walaupun tidak mengikut peraturan tetapi ia dipersetujui oleh semua ahli.Aku suka kalau jawatankuasa kali ini diterajui oleh semua muka baru.  Aku telah jadi jawatankuasa sejak jawatankuasa penaja lagi. Walau bagaimanapun aku suka Sdra Mohd Khamis Siran jadi pengerusi, aku rasa sama hebat dengan mantan-mantan pengerusi.  Aku dah terlalu tua untuk duduk kerusi jawatankuasa c-lab lagi.  Sepatutnya AJK diisi oleh pembantu makmal baru sekurang-kurangnya lantikan tahun 2000 ke atas, kita lihat pembaharuan dan idea-idea baru, tapi pengerusi dah umum bahawa ketua pembantu makmal sekolah yang jadi AJK. inilah hasilnya:

Mesyuarat diadakan pada:
Tarikh - 29 5.2012
Masa - selepas taklimat pakaian 
Tempat - Dewan Aura, PPD Batu Pahat.

Pengerusi: En. Mohd Kamis Siran
Timbalan Pengerusi - Tn. Hj. Mohamaddillah Masuri
Setiausaha - Pn. Mazia Abd Samad
Penolong Setiausaha - Pn. Zalinda Basar
Bendahari - En. Faizal Othman

AJK: Wakil Sekolah-sekolah.

Kepada semua pembantu makmal berilah kerjasama yang padu kepada jawatankuasa yang dipersetujui bersama, berilah pandangan dan pendapat demi kemajuan c-lab.

No comments:

Post a Comment