Wednesday 10 August 2011

PENTADBIR OH PENTADBIR

Kita sering mendengar mengenai nasib pembantu makmal yang sering dinafikan haknya sebagai pembantu makmal pelajaran. Banyak aduan-aduan yang telah diterima mengenai perkara ini. Terbaru ada sebuah sekolah dimana pentadbirnya telah menidakkan kepentingan pembantu makmal di dalam tanggungjawabnya membantu guru dalam proses P&P. Bukan sahaja tenaga pembantu makmalnya dikerah bertugas dtempat yang bukan sepatutnya malah kekurangan pembantu makmal telah menyebabkan pembantu makmal yang tinggal terpaksa berhempas pulas menyelesaikan bebanan kerja yang bertambah. Sekolah ini mempunyai 8 buah makmal, ada aliran sains malah ada tingkatan 6 sains. Semua makmal digunakan. Pada mulanya ada 4 orang pembantu makmal yang menguruskan 8 buah makmal. Seorang daripadanya telah bersalin, tinggal 3. 3 orang ini sahaja yang tinggal untuk menguruskan makma-makmal tersebut malah kedudukan antara makmal-makmal tersebut jauh. Malang nasib 3 pembantu makmal ini apabila seorang daripadanya telah di tarik bertugas di pejabat kerana PAP pejabat telah bersalin, tinggal 2 orang menguruskan 8 buah makmal yang antaranya jauh kedudukannya. 2 orang pembantu makmal ini pula 1 orang sangat berpengalaman dan 1 orang lagi kurang sangat pengalamannya.  Pada ketika ini semua guru sains tau memang banyak eksperimen perlu dibuat. Banyangkanlah nasib 2 orang pembantu makmal ini. Rayuannya kepada pihak pentadbir tidak dilayan untuk mendapatkan semula sahabatnya yang telah diambil bertugas di pejabat. Doa orang yang di zalimi memang makbul, apabila sekolah ini telah di datangkan pembantu makmal baru. Tetapi apa yang boleh pembantu baru ini dapat buat dengan tiada pengalaman. Ingatlah wahai pentadbir yang kejam, anda bukan sahaja menzalimi pembantu makmal ini malah anda menzalami pelajar-pelajar yang menuntut ilmu yang terjejas sekiranya pembantu makmal yang anda zalimi ini gagal memenuhi kehendak guru dan pelajar. Kami pembantu makmal adalah manusia biasa dan kami ada hak keatas hak kami. Walau bagaimanapun kami sedar kami harus menurut perintah, tetapi jangan anda gunakan hak anda sewenag-wenangnya.

No comments:

Post a Comment