Showing posts with label ISU. Show all posts
Showing posts with label ISU. Show all posts

Tuesday, 16 July 2013

KEBAKARAN DALAM MAKMAL

MAKMAL SAINS TERBAKAR
Makmal sains di UiTM terbakar. Apakah puncanya.
MAKMAL SAINS UiTM TERBAKAR
Satu persoalan yang boleh di bincangkan ialah, apakah punca yang boleh menyebakan kebakaran dalam makmal sains selain dari berlaku lintar pintas. Boleh sahabat-sahabat pembantu makmal mencari punca-punca berlakunya kebakaran dalam makmal? Senaraikan bahan kimia yang boleh menyebabkan kebakaran, letupan dan lain-lain. Bagaimanakah proses kerja penjagaan bahan-bahan itu diurus? Saudara-saudara bolehlah komen terutama para JU yang telah mendapat tauliah

Wednesday, 26 June 2013

PELUANG PEMBANTU MAKMAL C17 DINAIKKAN GRED

CUEPACS GESA KERAJAAN NAIKKAN GRED PEMBANTU MAKMAL C17


Dato' Omar Osman bersama Presiden KSKM Malaysia En. Hamran Ahmad 4 dari kanan dan Pengerusi KSKM Cawangan Johor Pn Anita Md Nor 5 dari kanan dan barisan kepimpinan KSKM Cawangan Johor
MELAKA, 20 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menaikkan gred kira-kira 20,000 pembantu makmal C17 selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata langkah itu wajar berikutan beberapa jawatan yang sama gred dengan pembantu makmal, termasuk juruteknik dan pembantu pertanian, telah dinaikkan.
Beliau berkata pembantu makmal di peringkat sekolah dan universiti memainkan peranan penting, terutama melibatkan perkembangan sains dan teknologi di negara ini.
"Kita telah perjuangkan untuk gred pembantu makmal ini dinaikkan ke tahap yang lebih baik sejak lima tahun lepas, dan sudah sampai masanya kerajaan mempercepatkannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah Transformasi Kakitangan Awam Ke arah Budaya Kerja Cemerlang yang dihadiri 270 pembantu makmal Negeri Melaka di Melaka, Khamisi
Omar berkata pembantu makmal perlu diberi kursus dan latihan dalam dan luar negara bagi mempertingkat kemahiran serta ilmu mereka.
Beliau berkata langkah ini bertujuan mempersiap golongan penjawat awam itu dalam berhadapan pelajar sekolah dan universiti yang celik pelbagai penggunaan teknologi semasa.

Wednesday, 13 March 2013

SISTEM SARAAN TRANSFORMATIF

TARAF JAWATAN PENJAWAT AWAM KUMPULAN PELAKSANA
PERBANDINGAN DAN PERSAMAAN:



1.      Prebet ATM Gred 17 = Pembantu Makmal C17
2.      Koperal ATM Gred 22 = Pembantu Makmal C22
3.      Sarjan ATM Gred 27 
                          ≠    C26 Pembantu Makmal

Tahniah kerana kita sekarang ni ada pangkat.

Tuesday, 12 March 2013

SISTEM SARAAN TRANSFORMATIF

DARIPADA SST HANYA DIBAWAH INI SAHAJA YANG SAYA FAHAM UNTUK KUMPULAN PELAKSANA:
(Rumusan saya merujuk kenyataan akhbar YBHG. DATO’ SRI DR. ALI BIN HAMSA
KETUA SETIAUSAHA NEGARA MAJLIS PERDANA PERKHIDMATAN AWAM TAHUN 2013
PADA 11 MAC 2013)


PERLUASAN KAEDAH KENAIKAN PANGKAT

Di samping itu, Kerajaan juga secara prinsip bersetuju bagi meluaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu, Kenaikan Pangkat Laluan Pantas (Fast Track), Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang (Subject Matter Expert) dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi (High Skills) dalam menambah baik laluan kemajuan kerjaya penjawat awam dalam jangka panjang. Kaedah pelaksanaannya termasuk pembangunan kriteria dan struktur panel khas untuk ketiga-tiga laluan baru tersebut akan diperinci sebelum dilaksanakan.

FAEDAH BERIKUTAN PEMBETULAN STRUKTUR GAJI

 Mengambil kira usaha-usaha penambahbaikan tersebut hanya akan dapat diselesaikan sebelum akhir tahun ini, maka Kerajaan bersetuju untuk memberi kepada semua penjawat awam faedah pemindahan gaji
sebanyak 1 KGT yang diawalkan pada 1 Julai 2013. Ini sejajar dengan falsafah yang dipegang oleh Kerajaan yang senantiasa menghargai jasa dan sumbangan penjawat awam dalam memberikan perkhidmatan kepada negara.

KGT yang akan diperolehi adalah pada kadar mengikut gred jawatan/ gred gaji masing-masing seperti contoh untuk Perkhidmatan Awam Am seperti berikut:

Gred 1=RM80.00
Gred 17=RM95.00
Gred 41=RM225.00
Gred 54=RM320.00

Monday, 11 March 2013

SISTEM SARAAN TRANSFORMATIF

Dalam ucapan YAB Perdana Menteri sebentar tadi tidak banyak yang kakitangan awam kumpulan pelaksana dapat hanya kenaikan pangkat di pendekan daripada 15 tahun kepada 13 tahun.  Lain-lain telah diberi seperti yang telah diperolehi dalam skim gaji min. max.

Kerajaan beri kepada semua penjawat awam satu kenaikan gaji tahunan.
Kenaikan Gaji Tahunan berkuatkuasa mulai Julai 2013.

Dalam kenyataan saya yang terdahulu "MENGAPA TIDAK SAMA" jelas ini adalah bukti bahawa kumpulan pelaksana tidak banyak dapat kelebihan dan pembelaan.  

Kumpulan-kumpulan atas tetap mendapat keistemewaan seperti guru-guru berijazah, kenaikan pangkat daripada 10 tahun kepada 8 tahun.  Mengapa tidak disamakan saja.

contoh sifir gaji c22 yang baru dalam gaji min. max.
Kita tunggulah pekeliling SISTEM SARAAN TRANSFORMATIF yang beru dari JPA.

Diharap saudara seangkatan dapat bersabar.

Thursday, 1 November 2012

KENAIKAN PANGKAT KAKITANGAN KUMPULAN PELAKSANA


MENGAPA TIDAK SAMA?:

Cerita ini berlaku di sekolah atau di Kementerian Pelajaran Malaysia, kami tak tau jika ia berlaku di jabatan kerajaan lain.  Berkaitan kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP).

Ini yang sebenarnya,(Guru siswazah atau kumpulan profesional) dinaikan pangkat secara khas untuk penyandang:-

1.    Gred DG 41 dinaikan pangkat KUP ke Gred DG44 = selepas 8 Tahun disah
2.    Gred DG 44 dinaikan pangkat KUP ke Gred DG48 = selepas 8 Tahun disah
3.    Gred DG 48 dinaikan pangkat KUP ke Gred DG52 = selepas 6 Tahun disah
4.    Gred DG 52 dinaikan pangkat KUP ke Gred DG54 = selepas 4 Tahun disah

Ini yang sebenarnya, (Kumpulan Pelaksana atau sokongan) dinaikan pangkat secara khas untuk penyandang:-

1.    Selepas 15 tahun disahkan. Mengapa tidak 8 tahun juga.

Kami sekadar berfikir, mengapa tidak sama?

Kami terfikir, bila disebut pasal gaji, mereka kumpulan profesional besar-besar gajinya.  Kami tidak cemburu gajinya kerana memang layak mereka bergaji besar sebab mereka belajar tinggi, yang kami cemburuinya ialah mengapa tidak sama?.  Apakah yang membezakan kakitangan awam tentang tanggungjawabnya?.
           
Tolonglah fikirkan, bilamana seorang DG berada di tangga T8 atau lebih di naikan pangkat ke gred atasnya, bayangkanlah besar gajinya dan bertambah besar hanya setelah dia bekerja 8 tahun atau 6 tahun atau 4 tahun

Tolonglah fikirkan, bilamana seorang pelaksana dah berkerja 15 tahun baru dinaikan pangkat.

Beritahu kami, mengapa tidak sama?.


WALAU BAGAIMANAPUN KAMI TETAPBERSYUKUR KEPADA ALLAH ATAS KURNIAAN REZEKINYA.  KAMI JUGA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN ATAS USAHA-USAHA MENAIK TARAP KUMPULAN MACAM KAMI

Thursday, 12 July 2012

CADANGAN KENAIKAN GRED PEMBANTU MAKMAL C17 KE C27

Soalan: MENGAPA HANYA IPTA?

Kalau tak ada sijil SPM dan lulus subjek sains tak usahlah anda memohon jawatan Pembantu Makmal.  Berita di atas saya ambil dari Blog Cuepacs bertarikh 11 Julai 2012 yang di nukil dari akhbar BERNAMA.

Saya tidak nampak perbezaan tugas Pembantu Makmal dimana-mana jabatan.  Tanggungjawab yang diamanahkan hampir sama semuanya, samada di IPTA, di KPM(Kementerian Pelajaran) atau di mana-mana kementerian.  Kalau nak bagi kenaikan bagi semuanya, mengikut kesesuaian, seperti berdasarkan lama berkhidmat dan jumlah kursus yang dihadir.  Saya tak nampak kewajarannya nak naikkan gred dari C17 ke C27 begitu sahaja.

Kami telah lama berkhidmat sebagai Pembantu Makmal Pelajaran C17,  nak dapat naik C22 pun susah kerana pos yang di tawarkan terhad, apa lagi nak di naikkan ke gred C27.

Kami di sekolah kena menyapu lantai makmal, kena basuh tingkap makmal, kena basuh lantai dan meja makmal,  Saya diberi tahu di IPTA semuanya di swastakan,  Mana yang banyaknya kerja di IPTA.

Selain itu kerja yang mesti kami lakukan selain dari buat larutan dan keperluan guru kami juga lakukan kerja-kerja membaik pulih perabot, alatan yang rosak, servis microscope dan banyak lagi kerja-kerja masa cuti yang kena kami buat.  Ada kerja ini di IPTA? (maaf kami jangka kerja seperti ini di IPTA juga pembekal yang buat)

Di sekolah kami kena melayan seramai hampir 2000 orang pelajar selain karenah guru.  Agaknya berapa ramai pelajar di IPTA pembantu makmalnya kena layan.....................

Saya menyeru kepada KSKM supaya bertindak, supaya pembantu makmal C17 pelajaran juga dapat keistemewaan serupa seperti yang dicadangkan untuk pembantu makmal IPTA.

Kepada Pembantu Makmal C17 di IPTA saya memohon maaf sekiranya ada ayat yang mungkin disalah faham, namun niat dihati saya, alangkah baiknya jika tawaran gred yang nak diberikan juga dibuka kepada semua Pembantu Makmal kerana kerja-kerja kita serupa.  Sama-sama kita berdoa semoga Allah berikan yang terbaik untuk kita.


Sunday, 14 August 2011

BERITA LAMA TAPI PERLU DIAMBIL PERHATIAN

Bermula 1 Julai 2011, Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) akan mula dilaksanakan bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK) selepas termeterai memorandum persefahaman (MoU) antara CEUPACS dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bau-baru ini. Namun,  CEUPACS mengemukakan lima tuntutan baru sebagai prasyarat mempersetujui pelaksanaan program itu.
Antara 5 tuntutan CEUPACS yang menjadi pra-syarat persetujuan itu adalah :- 
  1. supaya pangkat pegawai dinaikkan secara automatik selepas menamatkan kursus kompetensi,
  2. memberi tiga kenaikan insentif bagi setiap kali kenaikan pangkat,
  3. melantik dua wakil CUEPACS dalam panel penilai PROSPEK,
  4. penubuhan jawatankuasa utama yang dianggotai CUEPACS dan JPA bagi memantau pelaksanaan PROSPEK dan isu berkaitan,
  5. memastikan setiap perkara dipersetujui dalam perjanjian sebelum ini dipatuhi kedua-dua pihak sebelum pekeliling mengenai penilaian dikeluarkan.

Friday, 12 August 2011

BERITA BAIK UNTUK PAP MAKMAL PERKHIDMATAN LAMA









































Kepada semua PAP N1 dan N4 yang pernah lama bertugas di makmal sains dan telah mengisi borang maklumat diri kepada KSKM berpeluang untuk ditukar lantik ke jawatan Pembantu Makmal C17. 
Langkah pertama telah dimulakan, kini bergantung kepada semakan yang akan dibuat oleh SPP yang kemudiannya akan dimajukan kepada JPA.  Banyak-banyak berdoa semoga rezeki berpihak kepada kita.
Wamaiyatakilla.