MENGAPA TIDAK SAMA?:
Cerita
ini berlaku di sekolah atau di Kementerian Pelajaran Malaysia, kami tak tau
jika ia berlaku di jabatan kerajaan lain.
Berkaitan kenaikan pangkat secara Khas Untuk Penyandang (KUP).
Ini
yang sebenarnya,(Guru siswazah atau kumpulan profesional) dinaikan pangkat
secara khas untuk penyandang:-
1.
Gred
DG 41 dinaikan pangkat KUP ke Gred DG44 = selepas 8 Tahun disah
2.
Gred
DG 44 dinaikan pangkat KUP ke Gred DG48 = selepas 8 Tahun disah
3.
Gred
DG 48 dinaikan pangkat KUP ke Gred DG52 = selepas 6 Tahun disah
4.
Gred
DG 52 dinaikan pangkat KUP ke Gred DG54 = selepas 4 Tahun disah
Ini
yang sebenarnya, (Kumpulan Pelaksana atau sokongan) dinaikan pangkat secara
khas untuk penyandang:-
1.
Selepas
15 tahun disahkan. Mengapa tidak 8 tahun juga.
Kami
sekadar berfikir, mengapa tidak sama?
Kami
terfikir, bila disebut pasal gaji, mereka kumpulan profesional besar-besar
gajinya. Kami tidak cemburu gajinya
kerana memang layak mereka bergaji besar sebab mereka belajar tinggi, yang kami
cemburuinya ialah mengapa tidak sama?. Apakah yang membezakan kakitangan awam
tentang tanggungjawabnya?.
Tolonglah
fikirkan, bilamana seorang DG berada di tangga T8 atau lebih di naikan pangkat
ke gred atasnya, bayangkanlah besar gajinya dan bertambah besar hanya setelah
dia bekerja 8 tahun atau 6 tahun atau 4 tahun
Tolonglah
fikirkan, bilamana seorang pelaksana dah berkerja 15
tahun baru dinaikan pangkat.
Beritahu
kami, mengapa tidak sama?.
WALAU
BAGAIMANAPUN KAMI TETAPBERSYUKUR KEPADA ALLAH ATAS KURNIAAN REZEKINYA. KAMI JUGA BERTERIMA KASIH KEPADA KERAJAAN
ATAS USAHA-USAHA MENAIK TARAP KUMPULAN MACAM KAMI
No comments:
Post a Comment