Showing posts with label c-labs editor. Show all posts
Showing posts with label c-labs editor. Show all posts

Tuesday, 30 July 2013

LAILATUL QADAR

Salam Ramadhan,

Menjelang 10 hari terakhir ini, aku ingin mengajak semua saudara-saudaraku tingkatkan ibadah.  Pada waktu ini, waktu kecemasan, kita kena lebih kuat berusaha dan mendekatkan diri kepada Allah. Banyakkan beristifar terutama seperti yang di riwatkan oleh Syadatina Aishah r.a Wahai Rasullah apa yang aku perlu buat bila bertemu Lailatul Qadar, Nabi s.a.w berkata bacalah 

اَللَّهُمَّ اِنَّكَ عَفُوٌّ كَرِيْمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّىْ وَاغْفِرْلِى.

Oleh itu banyakkan beristifar dengan doa di atas, semoga kita semua mendapat pengampunan dari Allah.  Doa-doakanlah sahabat-sahabat kita dan umat islam keseluruhannya mudah-mudahan tiada seorang pun dari kita yang dimasukkan Allah ke dalam Jahanam (Neraka )

Guru aku ada memberitahu, pada waktu sahur dan waktu sebelum berbuka banyakkan membaca doa Istifar Rajab dan doa Akasah (boleh didapati dalam majmuk yaasin).  Bacalah yang kuat (bersungguh-sungguh)

Aku ingin mengajak saudara-saudara supaya rajin-rajinlah hadir ke majlis ilmu atau majlis yang di dalamnya ada menyebut ayat Al Qauran kerana itulah tandanya kita di kalangan orang beriman.  Aku bimbang kita tergolong di kalangan orang beriman tetapi di humban oleh Allah ke dalam api Neraka.  Tanda-tanda orang beriman tetapi di azab dalam api Neraka ialah:

1. Tak bersyukur nikmat iman (tidak mahu berusaha beramal dengan ilmu yang ada)
2. Tak takut mati tanpa iman (melakukan kerja-kerja yang dibenci oleh Allah dan Rasulullah

Nabi s.a.w ada berkata orang yang tak suka hadir majlis ilmu kelak mati tanpa iman.


Hamba Allah yang takut matinya tanpa iman mereka akan berhati-hati dan selalu berwaspada dalam setiap kerja anggotanya. walaupun dalam hatinya.  Oleh itu beringat-ingatlah di dalam bulan yang mulia ini terutama pada 10 hari terakhir ini kuncilah semua anggota kita dari perbuatan yang merugikan.  Neraka ada tujuh pintu kita pula ada tujuh onggota utama, jangan sekali-kali kita buka kunci pintu neraka itu dengan salah satu tujuh anggota kita.

Aku suka berpesan bunyikanlah sura yang sangat di sukai oleh Allah pada waktu sahur (sebelum subuh) iaitu suara hambaNya yang beristifar.

Aku berdoa semoga semua saudara-saudaraku diampunkan semua dosa-dosa, kelak kita sama-sama hidup berbahagia di akhirat

Akhir kalam "beramallah ketika masa hidup di dunia jangan menyesal ketika hidup di akhirat"

Waullahu'alam



  

Saturday, 20 July 2013

MENDERMA DAN BERSEDEKAH DI BULAN RAMADHAN

HADITS:
Diriwayatkan dalam Shahih Al-Bukhari dan Muslim, dari Ibnu Abbas raldhiallahu 'anhuma, ia berkata : "Nabi shallallahu 'alaihi wasallam adalah orang yang paling dermawan, dan beliau lebih dermawan pada bulan Ramadhan, saat beliau ditemui Jibril untuk membacakan kepadanya Al-Qur'an. Jibril menemui beliau setiap malam pada bulan Ramadhan, lalu membacakan kepadanya Al-Qur'an. Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam ketika ditemui Jibril lebih dermawan dalam kebaikan daripada angin yang berhembus. Hadits ini diriwayatkan pula oleh Ahmad dengan tambahan : "Dan beliau tidak pernah dimintai sesuatu kecuali memberikannya." Dan menurut riwayat Al-Baihaqi, dari Aisyah radhiallahu 'anha : "Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam jika masuk bulan Ramadhan membebaskan setiap tawanan dan memberi setiap orang yang meminta."

Berbagai cara untuk kita beramal dibulan yang mulia ini antaranya memeberi makan orang yang berbuka puasa,  “Barang siapa yang bersedekah sebesar biji kurma dari hasil yang baik dan Allah SWT hanya menerima sesuatu yang baik saja. Nescaya Allah SWT akan menerimanya dengan tangan kanan-Nya, lalu memeliharanya untuk diberikan kepada pemiliknya sebagaimana salah seorang daripada kalian memelihara anak kudanya hingga (pahala sedekahnya itu) menjadi seperti gunung”. (Hadis Bukhari).

Kita telah dimaklumkan ada sahabat kita yang diuji Allah akan kesakitan dan keuzuran, pada ketika ini lah kita datang membantu, sepetutnya kita bersykur di atas nikamat sihat yang dianugerahkan Allah kepada kita dan kita insaf di atas nasib yang menimpa sahabat kita tadi.  Sebagai seorang sahabat dan mengaku hamba Allah kita sepatutnya terpanggil membantu meringkan beban sahabat kita yang uzur atau keluarganya.  Pada ketika inilah kita datang menghulurkan bantuan dalam bentuk kewangan (contohnya).

pelaboran akhirat
Suka di nasihatkan bila menderma itu biarlah menderma yang kita suka, kerana menderma seperti itulah yang Allah suka (yang penting ikhlas).  Janganlah kita menderma atau bersedekah sedangkan kalau kita menerimanyapun kita tak suka.  Kalau kita ada rezeki yang lebih, tidak keberatan rasanya kalau kita menderma lebih.

yang berat menjadi ringan
Ini contoh:
Seorang sahabat sakit, kita diminta untuk membantu, kita ada ramai dalam satu organisasi apabila di kumpulkan derma atau sumbangan tentulah menjadi banyak,  tetapi ada juga berlaku dalam satu organisasi, walaupun dah dikumpul-kumpulkan ia tidak menjadi banyak, kan ia menjadi satu yang pelik, tetapi ianya berlaku.(percaya atau tidak, fikir-fikirlah).

Kalau kita di beri tahu mahukah kamu jika kamu memberi saya rm10 saya beri kamu rm70, tentu kita mahukan, itulah yang telah Allah beritahu memlalui nabiNya Muhammad s.a.w.  kepada umatnya yang beramal di bulan Ramadhan.  Oleh itu, berlumba-lumbalah kita beramal dan menolong sahabat yang dalam kesusahan. Muhasabahlah diri adakah kita mempunyai bekalan di hari pembalasan kelak.

TOLONGLAH SAHABAT KITA YANG DI DALAM KESUSAHAN, KEJAR-KEJARLAH PELUANG BERAMAL (BERSEDEKAH/MENDERMA) DIBULAN RAMADHAN YANG BANYAK KELEBIHAN.



Sunday, 14 July 2013

NOTIS PEMBAYARAN EFT

DUIT BAJU RAYA ATAU DUIT LAB COAT
Tahniah kepada semua pembantu makmal c17 c22KUP bayaran telah di masukkan ke akun masing-masing. Ada setengah-setengah sekolah telah dimasukan pada 8 Julai 2013.
Manfaatkan di tempat yang betul, maklumlah menjelang berbuka puasa dan menjelang hari raya kadang di guna tersalah kaunter.
HARAP-HARAP SEMUA SAHABAT BERGEMBERA JANGAN LUPA ADAB-ADAB BERPUASA

Sunday, 7 July 2013

WAYANG KULIT SATU REALITI ATAU PENIPUAN

SATU KISAH DALAM MASYARAKAT:


Ini satu kisah, bagaimana bayang-bayang yang tidak mempunyai nilai telah di naikan pangkat, menjadi imam yang berpengaruh. Satu keistemewaan apabila ia besar mungkin ia boleh memayungi ramai orang dari terik cuaca mentari, jika ianya sebesar lidi penyapu untuk jentik-jenitk atau yang seumpamanya sahajalah yang memuji-muji baying-bayang itu.
Aku nak cerita kisah wang kulit, aku yakin semua orang tahu tayangan wayang kulit. Ia adakah merupakan sejenis hiburan pementasan bayang yang terhasil dari patung yang dibuat daripada belulang (kulit lembu/kerbau/kambing).dam terdapat pelbagai jenis wayang kulit bergantung kepada tempat asal mereka.
Wayang kulit dimainkan oleh seorang dalang yang juga menjadi narator dialog tokoh-tokoh wayang, dengan diiringi oleh muzik gamelan yang dimainkan sekelompok nayaga dan tembang yang dinyanyikan oleh para pesinden. Dalang memainkan wayang kulit di balik kelir, iaitu layar yang terbuat dari kain putih, sementara di belakangnya disuluhkan lampu eletrik atau lampu minyak (dian), sehingga para penonton yang berada disebelah berlawanan layar dapat melihat bayangan wayang yang berada ke kelir. Untuk dapat memahami cerita wayang (lakon), penonton harus memiliki pengetahuan akan tokoh-tokoh wayang yang bayangannya tampil di layar.
Samalah seorang yang realitinya adalah seorang yang tidak ada apa tapi menjadi sebutan apabila ada dalang yang mengalunkan cerita dari skrip yang telah ditulis. Tok dalang wang kulit memang pakar mencerita kerana telah lama menjadi dalang. Tokoh pementasan bayang tak tau apa kerana ianya sekadar bayang. Apabila tok dalang gerakkan dia geraklah dia,, satu watak bayang wayng kulit biasanya seorang dewa atau raja yang dianggap baik tetapi kalau kata dalang raja tu jahat-jahatlah dia. Semua bergantung kepada skrip tok dalang.
Ceritanya yang aku nak sampaikan ialah, berhati-hati dengan tok dalang. Tok dalang ni dah banyak tempat dia terjah, untuk menyampai karutnya. Jadilah manusia yang memilih kehidupan yang nyata, mengapa pilih bayang yang menghiburkan tetapi kosong, sebenarnya yang terhibur ialah tok dalang, kerana ramai yang menjadi ahlinya.
PIKIR-PIKIRLAH KATAKU INI.

Friday, 29 March 2013

KURSUS ASAS PEMBANTU MAKMAL

KURSUS ASAS PEMBANTU MAKMAL SIRI II TAHUN 2013

Kursus diadakan di SMK Suria Perdana.  Sekolah yang baru mula beroperasi Januari 2013.  Seramai hampir 80 orang pembantu makmal baru lantikan tahun 2008 hingga 2012 telah di panggil untuk menghadiri kursus tersebut.


Majlis Penutup Kursus di sempurnakan oleh En. Shaharudin b Badron, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat Unit Sains dan Matematik Menengah.
En. Shahrudin Badrun di dalam ucapan perasmian


Dalam ucapannya En. Shahrudin memaklumkan bahawa Peperiksaan Amali Sains akan di adakan semula pada tahun 2015.  Bertepatan dengan kursus yang diadakan ini dapat membekalkan pengalaman kepada pembantu makmal baru yang sememangnya memerlukan sentuhan pengalaman dari pembantu makmal senior.


Tn. Hj. Mohamaddillah Masuri Tim. Pengerusi C-Labs


Tuan Haji Mohamaddillah Masuri yang berucap bagi pihak pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada pembantu makmal yang mengikuti kursus ini kerana berjaya  menghabiskan siri kursus yang dianjurkan khas untuk mereka.  Beliau juga berharap pembantu makmal baru terus belajar dari pembantu makmal senior yang ada di sekolah masing-masing.  Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para fasilitator yang terdiri daripada Tn. Hj. Zainal Jais, En. Abd Rahman Kastor dan En. Mohd Kamis Siran merangkap Pengerusi C-Labs Batu Pahat kerana berjaya menyampaikan ceramah dan bimbingan dengan berkesan.


Tn. Hj. Zainal memimpin bacaan doa

Majlis Penutup kursus dimulai dengan bacaan doa oleh Tn. Hj. Zainal Jais, manakala En. Mohd Nurulhuda mengacarakan majlis ini.  Selepas tamat majlis ini En. Zulkifli Atan telah memeberi beberapa pesanan dan taklimat kepada peserta kursus mengenai tanggungjawab menjadi ahli KSKM
En. Zulkifli sedang memberi taklimat



Lagi gambar-gambar sekitar kursus di dalam Galeri

.


Thursday, 1 November 2012

KERAJAAN KAJI SEMULA SKIM GAJI PEJAWAT AWAM MULAI TAHUN DEPAN

SUKA KENYATAAN DATUK SERI KETUA SETIAUSAHA NEGARA

1. Kerajaan akan mengkaji semula skim gaji penjawat awam termasuk kenaikan tahunan sehingga lima peratus bermula tahun depan.

2. Kajian itu bagi membantu penjawat awam menangani masalah kos hidup yang semakin meningkat.


3. Kita akan mengambil kira mungkin mengikut kategori, kalau lima peratus itu untuk kategori yang teratas terlalu tinggi dan kita akan menyelaraskan semula.


4. Kajian berkenaan juga akan meneliti segala aspek bagi memastikan setiap penjawat awam mendapat manfaat daripada pelaksanaan skim gaji berkenaan termasuk isu penjawat awam yang menerima tangga gaji maksimum.

SYABAS Datuk Seri Dr Ali Hamsa Ketua Setiausaha Negara
PERJUANGKANLAH HAK-HAK KAMI. KAMI BERSAMA-SAMA DATUK SERI

Friday, 3 August 2012

IMBUHAN TETAP PERUMAHAN DISELARAS


Cadangan Cuepacs Kepada Suruhanjaya Khas Mengenai Transformasi Perkhidmatan Awam

1.  Penyelarasan imbuhan tetap perumahan kepada RM450 sebulan untuk semua penjawat awam
2.  Penurunan kadar faedah pinjaman perumahan daripada 4 peratus kepada 1 peratus
3. Pelarasan elaun bantuan sara hidup (COLA) kepada RM400 sebulan berbanding RM150 dan RM300

4. Menaikkan elaun tetap keraian.
5. Kita juga minta 22 klasifikasi perkhidmatan yang telah diberi persetujuan untuk dinaik taraf (dalam Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA)) daripada gred 17 kepada gred 27 seperti juruteknik, renjer hutan, pembantu pertanian berkuatkuasa 1 Januari 2012," katanya

Merujuk para 5 di atas, aku tak tau jawatan aku tersenarai ke tidak.  Tempohari dalam blog ini bertarikh 12 Julai 2012 di bawah tajuk CADANGAN KENAIKAN GRED PEMBANTU MAKMAL C17 KE C27, aku menyuarakan pandangan aku sendiri.  Adakah Pembantu Makmal tersenarai dalam 22 klasifikasi perkhidmatan yang dicadang itu.

Kepada rakan-rakan pembantu makmal seluruh Malaysia jika anda belum menjadi ahli KSKM sila daftar segera kerana suara yang ramai akan menguatkan lagi kesatuan kita, suara kita adalah tuntutan kita jika kita ramai sahaja tetapi tidak menjadi ahli KSKM suara kita tidak akan didengar, yang hendak diperjuangkan adalah periuk nasi anda juga.  

LOGO KSKM
Oleh itu tugas anda adalah menyuarakan hak melalui KSKM.
JAWATANKUASA TERTINGGI KSKM - SOKONG MEREKA - BIARKAN MEREKA MENJALANKAN AMANAH YANG DIBERI KEPADA MEREKA - TUGAS ANDA MENDAFTAR MENJADI AHLI KSKM

Wednesday, 1 August 2012

SELAMAT ULANG TAHUN KE 15 PEMBANTU MAKMAL LANTIKAN 1.8.1997

Kapada semua pembantu makmal Daerah Batu Pahat diucapkan selamat berkhidmat tahun yang ke 15.  Bersabar dalam pekerjaan, tingkatkan prodaktiviti dan berdisiplin dalam mentaati tugas.

Bersabar menanti perlantikan Pembantu Makmal C22 (KUP)

Kurangkan kontrovesi.

Fikirkan:

1.  Apakah sumbangan yang telah anda lakukan kepada makmal anda yang boleh anda banggakan

2.  Apakah ilmu atau kemahiran yang anda miliki yang boleh menjadikan anda sebagai pembantu makmal    yang berpengalaman

3. Apakah anda boleh menjadi mentor kepada junior anda

4. Adakah prerstasi anda diktiraf sehingga anda di anugerah APC

Fikir-fikirkan lah......

Kenangan:

Terkenang dimasa lalu.............
Sewaktu induksi di Kukup Golf Resort
Menerima rakan dan kenalan
Pembantu makmal Batu Pahat paling ramai berkampung
Lahir nama-nama besar yang memimpin c-Labs Batu Pahat
Syabas......

Friday, 27 July 2012

LAB COAT

Lab Coat pembantu makmal bukanlah pakaian seragam seperti pakaian seragam kakitangan lain seperti pembantu am pejabat atau jaga.  Lab coat ni dipakai bila sesuatu keperluan asas diperlukan memakainya, seperti membuat larutan atau ketika membantu guru menjalankan amali di dalam makmal, mengecat meja makmal.  Seperti seorang doktor di hospital dia tidak memakainya ketika datang bekerja dari rumah atau ketika sepanjang masa di hospital.  Dia akan memakainya ketia membuat pemeriksaan pesakit dan lain-lain tempat yang dia kena memakainya, dia juga tidak harus memakainya sepanjang masa ketika di hospital.

Contoh Lab Coat
Seorang pengetua telah mengarahkan supaya pembantu makmal memakai lab coat ini sepanjang masa bekerja di dalam makmal, dia tak tenguk kainnya ke.  Bayangkanlah seorang pembantu makmal memakai baju kurung dan di sarung lagi lab coat sambil menyapu lantai.....  panas... berpeluh....  Ini bukan uniform pembantu am pejabat tipis. Berbeza dengan pemakai lab coat di universiti, makmalnya pun ada penghawa dingin, macam setengah bilik pengetua.

Ketebalan Lab Coat dpat dilihat disini
Pengetua-pengetua janganlah terlalu mengunakan kuasa yang ada, nak bagi arahan tenguk-tenguklah logik dulu. kami dapat duit untuk buat baju ni pun bukan kami yang mintak, malah kami labih suka terima lab coat siap daripada dapat duit, banyak yang mencemburuinya.

Ada pengetua yang mengarahkan supaya lab coat mesti siap sebelum hari raya ni.  Arahan apa ni....
nilah yang dinamakan kemaruk kuasa. gunakanlah akal budi bicara.

Bagi pembantu makmal yang terlibat, harap bersabarlah, kalau perlu ikut arahan pengetua tu ikutlah, buat sekadar terdaya.  Kalau boleh siap sebelum harirayani kami ucap syabas, tapi mana ada yang sanggup di saat ketika orang semua menempah baju raya.

Aku suka Cikgu Junaidi Santano, semua pengetua kenal beliau.  Aku dengar cikgu Junaidi bila berada bersama kerani beliau jadi kerani, bila bersama guru tentulah beliau seorang guru, bila bersama pembantu makmal beliau jadi pembantu makmal malah bila bersama pekerja buruh kasar beliau jadi buru kasar.  Ada pengetua lain sepertinya?

Pn. Hjh Junaidi Santano mengetip punch cad terakhir
Aku dengar juga Cikgu Junaidi bersara dengan pencen penuh.  Ini lah yang dinamakan pengetua cemerlang.  Cemerlang semua sudut bukan pada kuasanya tapi pada hati nuraninya.  Syabas Pn. Junaidi semoga puan sentiasa diberkhati Allah.

Wednesday, 25 July 2012

BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM

YAB Perdana Menteri telah bermurah hati memberi bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam, akan diberi pada 9 Ogos 2012. Bonus ini dilihat lebih kepada keperihatinan YAB PM kepada perbelanjaan besar kakitangan awam menjelang hariraya. Walau bagaimanapun pemberian ini diyakini sebagai bonus untuk tahun ini.
Kakitangan awam masih lagi berharap semoga YAB PM dapat memberi lagi bonus tambahan untuk kakitangan bagi meringan beban perbelanjaan sekolah tahun depan. 

Kumpulan AKS sangat memerlukannya.

Wednesday, 27 July 2011

SELAMAT DATANG PEMBANTU MAKMAL BARU KE DAERAH BATU PAHAT

Mazia melaporkan
Mazia Abu Samadposted toC-lab Bp Johor
Seramai 52 org PM baru masuk ke Daerah BP..selamat melapor diri..dan bertugas di sekolah yg dihantar..Faizal Othman cepat2 bg mereka borang keahlian KSKM supaya x tertinggalan..
Bertugaslah dengan bertanggungjawab dan berhati-hati dalan menjalankan tugas. Bertanyalah pada senior jika ada apa-apa yang tidak faham.  InsaAllah c-labs akan mengadakan kursus-kursus dalam untuk pm2 baru.

Selamat bertugas