Demi fajar.
Dan malam yang sepuluh
Al-Fajr - Ayat 1 dan 2
Sabda
Nabi s.a.w, "Tidak ada hari yang lebih baik di sisi Allah untuk lakukan
amalan kebaikan selain sepuluh hari terawal dalam bulan Zulhijjah". Para
sahabat bertanya, adakah jihad fisabilillah tidak boleh menandingi amalan yang
dilakukan pada sepuluh hari tersebut ?” Nabi bersabda, "Jihad pun tidak
boleh menandingi melainkan dia keluar berjihad dengan jiwa dan hartanya
kemudian tidak pulang dengan keduanya”. (Hr Bukhari)
Bulan Zulhijjah adalah bulan umat Islam menunaikan ibadah haji dan menyembelih korban. Bulan Zulhijjah juga salah satu daripada bulan haram.
Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (kurban),
supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah
direzkikan Allah kepada mereka, maka Tuhanmu ialah Tuhan Yang Maha Esa, karena
itu berserah dirilah kamu kepada-Nya.
Dan berilah kabar gembira kepada orang-orang yang tunduk patuh (kepada
Allah). (yaitu) orang-orang yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati
mereka, orang-orang yang sabar terhadap apa yang menimpa mereka, orang-orang
yang mendirikan sembahyang dan orang-orang yang menafkahkan sebagian dari apa
yang telah Kami rezkikan kepada mereka.
Al- Hajj - Ayat 34 dan 35
Daripada Ibnu Abbas telah berkata : Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Tiada daripada hari-hari yang begitu lebih di sisi Allah dan tiada amalan
padanya lebih disukai Allah daripada hari-hari sepuluh ini (1 - 10 Zulhijjah).
Maka perbanyakkanlah tahlil, takbir maka sesungguhnya ia merupakan hari-hari
tahlil, bertakbir dan berzikir kepada Allah. Dan puasa sehari daripadanya
menyamai puasa setahun dan beramal padanya digandakan 700 kali ganda. (HR
Al-Baihaqi)
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Maka jawab Rasulullah s.a.w."Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang". (Sahih Muslim)
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulanglah dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)
Daripada Abi Qatadah al-Ansari bahawa Rasulullah S.A.W telah ditanya mengenai puasa pada hari Arafah (9 Zulhijjah). Maka jawab Rasulullah s.a.w."Dikaffarah (diampun dosa) setahun lalu dan setahun akan datang". (Sahih Muslim)
Dari Aisyah r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda; "Tidak ada suatu hari dimana Allah Taala paling banyak membebaskan hambaNya dari Neraka selain dari hari Arafah (9 Zulhijjah)." (Sahih Muslim)
Dari Al-Barra, katanya; "Saya mendengar Nabi berkhutbah. Kata beliau: "Pekerjaan kita hari ini (10 Zulhijjah) ialah solat. Sesudah itu pulanglah dan menyembelih korban. Sesiapa yg berbuat demikian bererti telah menjalankan agama kita." (Sahih Muslim)
Amalan-amalan sunat dikerjakan sepanjang bulan Zulhijjah:
1- Berpuasa dari 1 hingga 8 Zulhijjah (hidupkan malamnya dengan banyak beribadah)
2. Berpuasa pada 9 Zulhijjah (bagi yang tidak mengerjakan haji) dan beribadah malamnya
Membaca surah Al-Ikhlas 1000kali
Membaca surah Al-Ikhlas 1000kali
3. Beribadah malam 10 Zulhijjah
4. Pada 10 Zulhijjah, mendirikan Solat Idul Adha berjemaah, bertakbir
5. Melaksanakan ibadah Qurban pada 10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah
6. Pada hari-hari Tasyrik (11,12 dan 13 Zulhijjah) bertakbir mengiringi waktu solat
7. Membaca doa akhir tahun selepas asyar pada 29 atau 39 Zulhijjah
DOA AKHIR TAHUN HIJJRIAH
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami
Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke
atas mereka.
Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam
tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya
dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak
melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau
berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas
keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon
keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian
daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas
yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.
Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai
Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu
dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha
Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli
keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka
9. Membaca doa awal tahun hijjiriah pada 1 Muharam selepas solat maghrib
DOA AWAL TAHUN HIJJRIAH
Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami
Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke
atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang
qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang
melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami
memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan
pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri
yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu
Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang
mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi
dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas
mereka.
Waullahu'alam dan selamat beramal
No comments:
Post a Comment