Kategori : IBADAH Puasa
|
Tajuk :
|
Amalan-amalan Sunat Di Bulan Syaaban
|
Hadith :
|
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering
berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan
baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan
aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada
bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat
dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”
(al-Bukhari)
Huraian
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana
orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk
mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan,
sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di
antara bulan Rejab dan Ramadhan.
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan
Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut
mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk
memasuki bulan Ramadhan
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah
kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah
kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan
Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah :
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut
sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
"Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada
pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat
untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang
beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada
tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid."
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda
Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada
Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah
Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari
segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin)
iii. Bertaubat
ZIKIR BULAN SYAABAN:
(Banyakkan baca sepanjang bulan Syaaban)
|
Ditubuhkan pada tahun 2000 dengan nama Badan Kebajikan Kakitangan Makmal Batu Pahat, di bawah naungan Pegawai Pelajaran Batu Pahat. Pada tahun 2008 nama badan ini di tukar kepada Majlis Anggota Staf Makmal Sains Pelajaran Batu Pahat atau c-lab. Pada awal penubuhan sejumlah 120 orang ahli terdiri daripada pembantu makmal dan pembantu am makmal. Kini lebih kurang 172 orang telah menjadi ahli,
Monday, 18 June 2012
FADHILAT AMAL (BULAN SYAABAN)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment