Wednesday 26 June 2013

KESATUAN SEKERJA KAKITANGAN MAKMAL CAWANGAN JOHOR

MESYUARAT AGUNG DWI TAHUNAN KALI KE 11 KSKM CAWANGAN JOHOR


TARIKH ; 30 JUN 2013 (AHAD)
MASA : 9.15 PAGI
TEMPAT : PKAYIM, MUAR.
Hadis Nabi saw bermaksud Sesungguhnya yang paling ditakutkan daripada apa yang aku takutkan menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah dimaksudkan syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Riak ialah menampakkan ibadah dengan tujuan dilihat manusia, lalu mereka memuji pelaku amalan itu.”
Apabila sumbangan, apabila jasa diharap dapat dibalas samada dengan wang ringgit, pangkat atau kedudukan pasti ianya tidak ikhlas. Aku tidak suka kenyataan di atas , tetapi jika ianya berlaku aku kena nyatakanlah betapa eloknya kalau ianya tidak berlaku kerana setiap yang riak dan sum'ah boleh mendatangkan kesesatan. Aku mengatakan begitu kerana aku tak mahu ada sahabat-sahabat aku dalam jawatan macam aku terlibat dengan hal seperti itu. Macam yang aku telah terima ini

TOLAK PROPAGANDA
TOLAK INI KALI LAH
AKU TAK SUKA CAKAP YANG MENCEMARKAN BAHASA, BAHASA YANG ELOK, KALI INI LAH BUKAN INI KALILAH. OLEH ITU AKU MENYERU SEMUA ORANG YANG JAWATANNYA MACAM AKU SOKONGLAH CALON YANG TIDAK SOMBONG DENGAN USAHANYA, TIDAK SOMBONG DENGAN JASANYA. PILIH LAH CALON YANG KAYA DENGAN KEIKHLASAN

PELUANG PEMBANTU MAKMAL C17 DINAIKKAN GRED

CUEPACS GESA KERAJAAN NAIKKAN GRED PEMBANTU MAKMAL C17


Dato' Omar Osman bersama Presiden KSKM Malaysia En. Hamran Ahmad 4 dari kanan dan Pengerusi KSKM Cawangan Johor Pn Anita Md Nor 5 dari kanan dan barisan kepimpinan KSKM Cawangan Johor
MELAKA, 20 Jun (Bernama) -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) menggesa kerajaan menaikkan gred kira-kira 20,000 pembantu makmal C17 selewat-lewatnya akhir tahun ini.
Presidennya, Datuk Omar Osman berkata langkah itu wajar berikutan beberapa jawatan yang sama gred dengan pembantu makmal, termasuk juruteknik dan pembantu pertanian, telah dinaikkan.
Beliau berkata pembantu makmal di peringkat sekolah dan universiti memainkan peranan penting, terutama melibatkan perkembangan sains dan teknologi di negara ini.
"Kita telah perjuangkan untuk gred pembantu makmal ini dinaikkan ke tahap yang lebih baik sejak lima tahun lepas, dan sudah sampai masanya kerajaan mempercepatkannya," katanya kepada pemberita selepas menghadiri ceramah Transformasi Kakitangan Awam Ke arah Budaya Kerja Cemerlang yang dihadiri 270 pembantu makmal Negeri Melaka di Melaka, Khamisi
Omar berkata pembantu makmal perlu diberi kursus dan latihan dalam dan luar negara bagi mempertingkat kemahiran serta ilmu mereka.
Beliau berkata langkah ini bertujuan mempersiap golongan penjawat awam itu dalam berhadapan pelajar sekolah dan universiti yang celik pelbagai penggunaan teknologi semasa.