Friday 29 March 2013

KURSUS ASAS PEMBANTU MAKMAL

KURSUS ASAS PEMBANTU MAKMAL SIRI II TAHUN 2013

Kursus diadakan di SMK Suria Perdana.  Sekolah yang baru mula beroperasi Januari 2013.  Seramai hampir 80 orang pembantu makmal baru lantikan tahun 2008 hingga 2012 telah di panggil untuk menghadiri kursus tersebut.


Majlis Penutup Kursus di sempurnakan oleh En. Shaharudin b Badron, Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Batu Pahat Unit Sains dan Matematik Menengah.
En. Shahrudin Badrun di dalam ucapan perasmian


Dalam ucapannya En. Shahrudin memaklumkan bahawa Peperiksaan Amali Sains akan di adakan semula pada tahun 2015.  Bertepatan dengan kursus yang diadakan ini dapat membekalkan pengalaman kepada pembantu makmal baru yang sememangnya memerlukan sentuhan pengalaman dari pembantu makmal senior.


Tn. Hj. Mohamaddillah Masuri Tim. Pengerusi C-Labs


Tuan Haji Mohamaddillah Masuri yang berucap bagi pihak pengerusi mengucapkan tahniah dan syabas kepada pembantu makmal yang mengikuti kursus ini kerana berjaya  menghabiskan siri kursus yang dianjurkan khas untuk mereka.  Beliau juga berharap pembantu makmal baru terus belajar dari pembantu makmal senior yang ada di sekolah masing-masing.  Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para fasilitator yang terdiri daripada Tn. Hj. Zainal Jais, En. Abd Rahman Kastor dan En. Mohd Kamis Siran merangkap Pengerusi C-Labs Batu Pahat kerana berjaya menyampaikan ceramah dan bimbingan dengan berkesan.


Tn. Hj. Zainal memimpin bacaan doa

Majlis Penutup kursus dimulai dengan bacaan doa oleh Tn. Hj. Zainal Jais, manakala En. Mohd Nurulhuda mengacarakan majlis ini.  Selepas tamat majlis ini En. Zulkifli Atan telah memeberi beberapa pesanan dan taklimat kepada peserta kursus mengenai tanggungjawab menjadi ahli KSKM
En. Zulkifli sedang memberi taklimat



Lagi gambar-gambar sekitar kursus di dalam Galeri

.


Tuesday 19 March 2013

SISTEM SARAAN TRANSFORMATIF DI DALAM JADUAL GAJI MINIMUM DAN MAKSIMUM


PEKELILING PERKHIDMATAN BILANGAN 2 TAHUN 2013
PENAMBAHBAIKAN JADUAL GAJI MINIMUM - MAKSIMUM
BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM PERSEKUTUAN
DI BAWAH SISTEM SARAAN MALAYSIA


JADUAL GAJI MINIMUM MAKSIMUM KUMPULAN SAINS