Friday 27 July 2012

LAB COAT

Lab Coat pembantu makmal bukanlah pakaian seragam seperti pakaian seragam kakitangan lain seperti pembantu am pejabat atau jaga.  Lab coat ni dipakai bila sesuatu keperluan asas diperlukan memakainya, seperti membuat larutan atau ketika membantu guru menjalankan amali di dalam makmal, mengecat meja makmal.  Seperti seorang doktor di hospital dia tidak memakainya ketika datang bekerja dari rumah atau ketika sepanjang masa di hospital.  Dia akan memakainya ketia membuat pemeriksaan pesakit dan lain-lain tempat yang dia kena memakainya, dia juga tidak harus memakainya sepanjang masa ketika di hospital.

Contoh Lab Coat
Seorang pengetua telah mengarahkan supaya pembantu makmal memakai lab coat ini sepanjang masa bekerja di dalam makmal, dia tak tenguk kainnya ke.  Bayangkanlah seorang pembantu makmal memakai baju kurung dan di sarung lagi lab coat sambil menyapu lantai.....  panas... berpeluh....  Ini bukan uniform pembantu am pejabat tipis. Berbeza dengan pemakai lab coat di universiti, makmalnya pun ada penghawa dingin, macam setengah bilik pengetua.

Ketebalan Lab Coat dpat dilihat disini
Pengetua-pengetua janganlah terlalu mengunakan kuasa yang ada, nak bagi arahan tenguk-tenguklah logik dulu. kami dapat duit untuk buat baju ni pun bukan kami yang mintak, malah kami labih suka terima lab coat siap daripada dapat duit, banyak yang mencemburuinya.

Ada pengetua yang mengarahkan supaya lab coat mesti siap sebelum hari raya ni.  Arahan apa ni....
nilah yang dinamakan kemaruk kuasa. gunakanlah akal budi bicara.

Bagi pembantu makmal yang terlibat, harap bersabarlah, kalau perlu ikut arahan pengetua tu ikutlah, buat sekadar terdaya.  Kalau boleh siap sebelum harirayani kami ucap syabas, tapi mana ada yang sanggup di saat ketika orang semua menempah baju raya.

Aku suka Cikgu Junaidi Santano, semua pengetua kenal beliau.  Aku dengar cikgu Junaidi bila berada bersama kerani beliau jadi kerani, bila bersama guru tentulah beliau seorang guru, bila bersama pembantu makmal beliau jadi pembantu makmal malah bila bersama pekerja buruh kasar beliau jadi buru kasar.  Ada pengetua lain sepertinya?

Pn. Hjh Junaidi Santano mengetip punch cad terakhir
Aku dengar juga Cikgu Junaidi bersara dengan pencen penuh.  Ini lah yang dinamakan pengetua cemerlang.  Cemerlang semua sudut bukan pada kuasanya tapi pada hati nuraninya.  Syabas Pn. Junaidi semoga puan sentiasa diberkhati Allah.

Wednesday 25 July 2012

BONUS UNTUK KAKITANGAN AWAM

YAB Perdana Menteri telah bermurah hati memberi bonus setengah bulan gaji kepada kakitangan awam, akan diberi pada 9 Ogos 2012. Bonus ini dilihat lebih kepada keperihatinan YAB PM kepada perbelanjaan besar kakitangan awam menjelang hariraya. Walau bagaimanapun pemberian ini diyakini sebagai bonus untuk tahun ini.
Kakitangan awam masih lagi berharap semoga YAB PM dapat memberi lagi bonus tambahan untuk kakitangan bagi meringan beban perbelanjaan sekolah tahun depan. 

Kumpulan AKS sangat memerlukannya.

Monday 23 July 2012

KURSUS INDUKSI (PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM)

Pembantu-pembantu Makmal baru yang belum mendaftar untuk mengikuti Kursus Induksi nama barunya PROGRAM TRANSFORMASI MINDA (PTM) boleh lah berbuat demikan. Sila rujuk web. http://ppdpgudang.edu.my/ulks/index.php

Friday 20 July 2012

PEPERIKSAAN AM KERJAJAAN

Kepada Pembantu Makmal C17 Lantikan 1 Jun 2012 iklan Peperiksaan Am Kerajaan telah dibuka mulai 1 Julai 2012.  Tuan/puan boleh melayarri web JPA https://www.kompetensi.jpa.gov.my/peperiksaan/mohon/


Peperiksaan Khas Jabatan tuan/puan boleh melayari web KPM http://www.moe.gov.my/sisppa/semakan/perkhidmatan Untuk Perhatian:
Semua urusan berkaitan peperiksaan ini adalah menjadi tanggungjawab tuan/puan sendiri untuk mendaftar. Pihak majikan hanya menasihat sahaja. Oleh itu jangan lalai, isilah segera supaya tidak ketinggalan dalam proses pengesahan dalam jawatan
 Di bawah ialah pekeliling sukatan peperiksaan Jawatan Pembantu Makmal C17

MESYUARAT AJK c-Labs KALI 1/2012

Mesyuarat Ahli Jawatankuasa kali pertama 1/2012 telah diadakan sebagaimana berikut:

Tempat      :   Bilik Mesyuarat Seri Cempaka
                       SMK Datuk Menteri, Ayer Hitam.
Masa         :   2.00 petang

Tarikh       :    18 Julai 2012

KEHADIRAN:

NAMA
SEKOLAH
1.        
  
2.        
      
3.        
      
4.              
5.       
       
6.         
7.             
8.              
9.          
 
10.          
11.          
12.          
13.          
14.         
15.          
16.         
17.        
  
18.          
19.          
20.          

21.       
   
22.          
23.          
24.       
   
25.     
26.           
EN.MOHD KAMIS  SIRAN

TN HJ.MOHAMADDILLAH MASURI
PN.MAZIA ABU SAMAD
PN.ZARINDA BASAR
EN.MOHD FAIZAL OTHMAN
PN SUZE SENON
PN RUZILENAH MOHD DIAH
TN HJ ZAINAL JAIS
EN AZAHAR. A .RAHMAN
EN. MOHD AZHAR BASAR
PN.MAZNAH ARSHAD
PN. SURAYA ABDUL RAHIM
PN.ZALINDA SARMAN
PN. NOORHASLIZAH BAHARUDIN
PN. SUHAILA BT SARIMAN
EN.MOHD NURULHUDA MOHD SAID
EN.MOHD NAIM B. MEAN
PN.HJH HASLINA KAMIS
PN.POZIAH SAMIAN
EN.ADDY SAPRIZAN BASIRON
EN.MOHD KAMIL RASUKI
EN. HAJA MUHAIDIN B JANI
EN.ZULKIFLEE ATAN
EN. ABD GHANI MD DEWA
EN. ROBIDAN REJO
EN. A.RAHMAN KASTOR
SMK DATO’ SYED ESA
SMK DATUK MENTERI
 SMK DATO’SYED ESA
SMK TINGGI
SMK DATUK MENTERI
SMK BANANG JAYA
SMK TENGKU PUTRA
SMK TINGGI
SMK (P)TEMG.IBRAHIM
SMK DATO’ SETH
SMK TUN AMINAH
SMK DATO’SULAIMAN
SMK TUN ISMAIL
SMK SERI GADING
SMK YONG PENG
SMK TUN SARDON
SMK PENGHULU SAAT
SMK PERMATA JAYA
SMK TUNKU MAHMOOD ISKANDAR
SMK MUNSYI SULAIMAN
SMK SERI MEDAN
SMK DATIN ONN
SMK DATO ONN
SMK DATO BENTARA LUAR
SMK SENGGARANG
SMK SEMERAH

Tidak hadir: En. Wan Mohd Zahid B Wan Hassan- dgn kenyataan.
 
 
BIL
BUTIR AGENDA
TINDAKAN
1









2








3







4.










5



6







7













8

























9











10






























11




12
Ucapan Pengerusi
Beliau mengucapkan syukur kepada ALLAH , dapat mengadakan mesyuarat AJK kali pertama.. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua AJK-AJK yang dilantik.
Beliau juga menyatakan tujuan diadakan mesyuarat ini adalah untuk membincangkan aktiviti yg akan diadakan.
Pengerusi juga ada menyatakan mengenai pembayaran Elaun Uniform adalah ditangguhkan kerana pihak PPD ingin mendapatkan maklumat terperinci  dari Daerah Luar mengenai elaun kasut, memandangkan ada Daerah yang memberi elaun kasut dan ada yg tidak memberi elaun tersebut.

Membentangkan dan mengesahkan Penyata Tahunan
Bendahari menyatakan baki yg dibawa kehadapan adalah sebanyak RM 1503.10 dan meminta disahkan.
En.Mohd  Nurul Huda menanyakan samaada sek yang belum membayar sumbangan. Bendahari mengatayan bahawa masih ada sekolah yang belum membuat kutipan dan bayaran bagi tahun 2011 kerana tiada surat untuk membuat kutipan..
Penyata tahunan di sahkan oleh: Tn HJ Zainal B Jais dan di sokong oleh En Mohd NurulHuda B Said.

Melantik 2 pemeriksa kira-kira
En.Mohd Zainal B Jais mencadangkan ianya dilantik dari sekolah yang berdekatan dengan Bendahari.
En. Mohd Nurul Huda B Md Said mencadangkan dilantik dikalangan AJK yang ada.
Dicadangkan. Lelaki  - En Haja Muhaidin B Jani
                        Perempuan: Pn Maznah Bt Arshad
Disokong sebulat suara.

Pungutan Yuran 2012
En.Zulkiflee B. Atan mencadangkan PAP Makmal tiada dikenakan bayaran memandangkan hanya terdapat beberapa orang sahaja yang masih berada di dalam makmal
Manakala PEMBANTU Makmal dikekalkan bayaran sebanyak RM 10.
Disokong sebulat suara.
En Mohd Nurul Huda mencadangkan yuran tahun 2011 hendaklah dipungut sekali bersama-sama dengan pungutan 2012. Beliau juga mencadangkan mengelurkan surat memungut yuran bagi tahun 2011 & tahun 2012.
Disokong sebulat suara

Jumlah Pembantu Makmal & PAP Makmal
Pengerusi menyatakan akan dapat diketahui dengan maklumat yang baru dapat. Setakat ini dalam makluman terdapat 168 org ahli Pembantu Makmal Daerah.

Membincangkan berkaitan ‘UNIFORM’
Tn.Hj Zainal menanya pendapat samaada uniform yang bakal dibuat ini digunakan untuk hari-hari berkerja atau hanya pada setiap perjumpaan.
Tn.Hj Mohamaddillah bertanyakan pendapat tentang warna baju Koprat. Sebulat suara bersetuju dengan warna yg telah dibincangkan Puple & Putih.
Pakaian lelaki – koprat
Pakaian wanita- ala-ala kebaya laboh.

Membincangkan Perhubungan Melalui ICT
Pengerusi meminta Naib Pengerusi memberikan taklimat.
Naib Pengerusi menyatakan bahawa satu blog telah direka khusus untuk pembantu makmal daerah dan dibagi nama C-LAB. Laman blog ini mengandungi maklumat terkini, isu-isu yang berkaitan. Setakat ini tiada maklum balas dari pihak PM yang lain..oleh itu beliau meminta jika ada sebarang maklumat yang ingin dikongsikan boleh lah dimasukan dan diemailkan kepada beliau. Beliau juga mencadang untuk meletakan gambar AJKdi dalam blog tersebut.
·         Laman web: c-labbatupahat.blogspot.com
·         Email : mohddillah@yahoo.com
Pengerusi menyatakan blog adalah salah satu cara untuk menyampaikan maklumat. Dan diminta semua ketua/AJK  memberikan alamat email kepada Setiausaha supaya dapat menyalurkan maklumat dengan segera.

Merancang untuk membuat aktiviti
Pengerusi merancang untuk membuat khusus untuk Pembantu Makmal yang baru lantikan 2011 & 2012. Semua AJK akan terlibat sama.
En Azahar mencadang agar dipanggil kesemua PM untuk turut serta. Disokong sebulat suara.
EN Zulkiflee mencadangkan agar dibahagi kepada 2 bahagian. – PM yang telah berkhidmat 15 tahun ke atas
                   -PM yang lantikan baru
Beliau juga mencadangkan agar dapat dibuat di Luar Daerah dan diadakan ketika cuti sekolah bulan November atau Disember. Dana pula dikutip dari Pembantu Makmal dan juga PPD.. Tempat akan dibincangkan semula.
Disokong sebulat suara.
En.Zulkiflee mencadangkan untuk membuat aktiviti sukan dan dicadangkan permainan Bowling. Para penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM20 / 4 GAME, sementara hadiah diambil dari peruntukan persatuan. Beliau juga mencadangkan diadakan semasa cuti sekolah.
Disokong dan akan di bincangkan semula.
En.Ghani mencadang untuk membuat lawatan ke luar Daerah bagi menjana minda Pembantu-Pembantu Makmal. Contoh yer mengadakan Latan ke Pusat Sains Negara, Petrosains. Program lawatan ini Pembantu Makmal dikenakan bayaran bagi menampung kos. Pengerusi menyatakan perkara ini akan diusulkan kepada PPD.

Mencadangkan keahlian SM SAINS Batu Pahat.
Sebulat suara untuk mempelawa SM Sains, Maktab dan MRSM untuk menjadi ahli. Surat akan dikeluarkan.

Hal-hal lain
En.Ghani mencadangkan agar membuat  Buku Fail Meja / catatan harian tugasan bertujuan agar selaras disetiap sekolah demi mempertabatkan Pembantu Makmal. Beliau juga mencadangkan pembayaran diambil dari peruntukan Sains Sekolah. Loga pula menggunakan logo PPD. Buku ini haruslah dikeluarkan pada setiap tahun.
Disokong sebulat suara dan akan dibincangkan semula dilain mesyuarat dengan setiap AJK sekolah membawa contoh catatan harian sekolah masing.masng.

En.Haja mencadangkan mesyuarat akan datang diadakan pada sebelah pagi. Pengerusi menyatakan sudah diusulkan kepada PPD tetapi tidak dibenarkan.

Pengerusi menyatakan bahawa maklumat yang diminta sila berikan kerana maklumat yang diperolehi ini akan dihantar ke Pn Anita (KSKM Negeri) untuk dibincangkan diperingkat MBJ Negeri.

En Ghani mengcadangkan supaya almari wasap yang telah rosak supaya dibaiki dengan memanggil rakan Pembantu Makmal  yang ada kemahiran untuk membantu membaiki di sekolah yang memerlukan. Bayaran hendaklah dibuat oleh sekolah berkenanan. Minta diusulkan kepada PPD.
En.Mohamadillah menyatakan bahawa kos membaiki kerosakan adalah anggaran RM20k. Pn maznah menyatakan bahawa sekolah beliau alamari wasap telah rosak selama 20 tahun.mohon tindakan.
Tn Hj Zainal menyatakan bahawa exzos fan boleh dibaiki sendiri oleh Pembantu Makmal.
Pengerusi menyatakan perkara ini akan dibincangkan dan akan diusulkan kepada PPD.

Pengerusi meminta pendapat dari AJK berkenaan untuk memberikan cenderahati kenang-kenangan bagi mereka yang telah bersara. Sebulat suara untuk memanggil mereka semasa kursus diadakan.

Pengerusi meminta pendapat Mesyuarat Agong  yang akan  datang dibuat 2 tahun sekali. Disokong sebulat suara.
En Nurul Huda pula mencadangkan sebelum diadakan Mesyuarat Agung dan peralihan kuasa, hendaklah dibincangkan terlebih dahulu perkara-perkara yang berbangkit ini bagi memudahkan pemerintahan baru untuk menyambung semula  perkara yang tertangguh.

Ucapan penanguhan
Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua dan tuan rumah diatas kesudian menjadi tempat bermesyuarat dan menyediakan juadah.

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 4.20 petang.

Pengerusi








Bendahari








Bendahari
Setiausaha







Bendahari









Setiausaha



Pengerusi
Naib pengerusi







Naib Pengerusi















Setiausaha





Pengerusi
Bendahari




Setiausaha




Pengerusi













Setiausaha




Pengerusi




Bendahari




















 Setiausaha





Pengerusi
Disediakan Oleh
..................................
(Mazia Binti Abu Samad)
Setiausaha
Majlis Anggota Staf Makmal Sains.



Thursday 19 July 2012

SELAMAT DATANG WAHAI RAMADHAN

FIRMAN ALLAH:
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.

Beberapa hadith Rasullah s.a.w. yang bermaksud:

1. Barang siapa berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan mengharapkan keredhaan Allah maka Allah akan mengampuni segala dosanya yang lalu.

2. Barang siapa yang mencari majlis ilmu dalam bulan Ramadhan maka setiap langkahnya akan ditulis sebagai ibadah setahun dan akan bersama aku di bawah Aras

3. Barang siapa yang terus mengikuti jemaah selama Ramadhan Allah akan memberinya padanya pada setiap rakaat sebuah kota yang penuh nikmat Allah

4. Barang siapa yang berbuat bakti kepada kedua ibubapa dalam bulan Ramadhan ia akan mendapat kelazatan memandang Allah dan akan dapat menjadi tempatnya dalam syurga.

5. Barang siapa kaum wanita yang selalu mengusahakan keredhaan suaminya selama bulan Ramadhan maka wanita itu akan beroleh pahala seperti pahalanya Maryam/Masitha.

6. Barang siapa menyampaikan sesuatu hajat saudaranya dalam bulan Ramadhan maka allah akan menyamapaikan atau menunaikan 1000 hajatnya pada hari Kiamat.

7. Barang siapa membuat satu amalan atau perbuatan dalam Ramadhan maka Allah akan menggandakan sehingga 70 kali ganda.

AMALAN PADA AWAL MALAM RAMADHAN:

1. Membaca surah Al Fatihah 7x

2. Membaca surah Tahmid (Alhamdulillah) 3x

3. Membaca selawat 3x

4. Mermbaca Takbir (Allahhu Akhbar) 3x

5. Membca doa:

Segala puji bagi Allah yang menciptakan aku dan menciptakan engaku dan Dia telah menentukan bagi kamu kedudukan tertentu dan Dia telah menjadikan tanda-tanda (keagungan) untuk sekelian alam
Ya Allah perjalankan bulan ini ke atas kami ddengan aman dan keimanan dan keselamatan dan keislaman tuhan aku dan tuhan kamu adalah Allah
6. Sembahyang sunat 4 rakaat dalam 2 salam, tiap rakaat yang pertama selepas Fatihah membaca Surah At-Takaathur dan selepas fatihah rakaat yang ke dua baca Surah Al Ikhlaas 3x

Fadhilatnya:

dilepaskan, dimudahkan dan diselamatkan daripada seksa sakaratul maut.

7. Membaca Surah Al Fat-h

Fadhilatnya:
 i. Terpilihara daripada bala dan perkara-perkara yang merbahaya

ii. Dimurahkan rezeki yang halal

iii. Dilepaskan dan diselamatkan daripada api Neraka

DOA DIBACA TIAP-TIAP MALAM RAMADHAN:

 Ertinya: Wahai Tuhan kami, bahawa Engkau Maha Pengampun dan Engkau suka orang yang memohon ampun maka ampunilah aku

Thursday 12 July 2012

CADANGAN KENAIKAN GRED PEMBANTU MAKMAL C17 KE C27

Soalan: MENGAPA HANYA IPTA?

Kalau tak ada sijil SPM dan lulus subjek sains tak usahlah anda memohon jawatan Pembantu Makmal.  Berita di atas saya ambil dari Blog Cuepacs bertarikh 11 Julai 2012 yang di nukil dari akhbar BERNAMA.

Saya tidak nampak perbezaan tugas Pembantu Makmal dimana-mana jabatan.  Tanggungjawab yang diamanahkan hampir sama semuanya, samada di IPTA, di KPM(Kementerian Pelajaran) atau di mana-mana kementerian.  Kalau nak bagi kenaikan bagi semuanya, mengikut kesesuaian, seperti berdasarkan lama berkhidmat dan jumlah kursus yang dihadir.  Saya tak nampak kewajarannya nak naikkan gred dari C17 ke C27 begitu sahaja.

Kami telah lama berkhidmat sebagai Pembantu Makmal Pelajaran C17,  nak dapat naik C22 pun susah kerana pos yang di tawarkan terhad, apa lagi nak di naikkan ke gred C27.

Kami di sekolah kena menyapu lantai makmal, kena basuh tingkap makmal, kena basuh lantai dan meja makmal,  Saya diberi tahu di IPTA semuanya di swastakan,  Mana yang banyaknya kerja di IPTA.

Selain itu kerja yang mesti kami lakukan selain dari buat larutan dan keperluan guru kami juga lakukan kerja-kerja membaik pulih perabot, alatan yang rosak, servis microscope dan banyak lagi kerja-kerja masa cuti yang kena kami buat.  Ada kerja ini di IPTA? (maaf kami jangka kerja seperti ini di IPTA juga pembekal yang buat)

Di sekolah kami kena melayan seramai hampir 2000 orang pelajar selain karenah guru.  Agaknya berapa ramai pelajar di IPTA pembantu makmalnya kena layan.....................

Saya menyeru kepada KSKM supaya bertindak, supaya pembantu makmal C17 pelajaran juga dapat keistemewaan serupa seperti yang dicadangkan untuk pembantu makmal IPTA.

Kepada Pembantu Makmal C17 di IPTA saya memohon maaf sekiranya ada ayat yang mungkin disalah faham, namun niat dihati saya, alangkah baiknya jika tawaran gred yang nak diberikan juga dibuka kepada semua Pembantu Makmal kerana kerja-kerja kita serupa.  Sama-sama kita berdoa semoga Allah berikan yang terbaik untuk kita.