Thursday 28 June 2012

PEMBANTU MAKMAL C17 DAERAH BATU PAHAT lantikan 1 Jun 2012

Daerah Batu Pahat telah di peruntukkan seramai 34 orang Pembantu Makmal C17. Semua Pembantu Makmal telah melaporkan diri di sekolah-sekolah yang dicadangkan pada 1 Jun 2012. Walau bagaimanapun 2 orang telah menolak tawaran tersebut. Tahniah semoga dapat menjalankan tugas dengan bertanggungjawab. InsaAllah c-Labs akan mengadakan siri kursus untuk anda.

Monday 18 June 2012

FADHILAT AMAL (BULAN SYAABAN)


Kategori : IBADAH Puasa  
Tajuk :
Amalan-amalan Sunat Di Bulan Syaaban
Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah SAW sering berpuasa sehingga kami mengira bahawa baginda akan berpuasa seterusnya. Dan baginda sering berbuka sehingga kami mengira beliau akan berbuka terus. Dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa terus sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan. Dan aku juga tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban.”

(al-Bukhari)

Huraian
1. Syaaban ertinya berpecah atau bercerai-berai. Ia dinamakan demikian kerana orang-orang Arab pada bulan tersebut akan berhijrah ke mana-mana tempat untuk mencari air sehingga ke gua-gua dan sebagainya. Pendapat lain pula mengatakan, sebab diertikan demikian adalah sebagai tanda pemisah iaitu memisahkan di antara bulan Rejab dan Ramadhan. 
2. Dari berbagai keterangan ini, yang dapat disimpulkan bagi pengertian bulan Syaaban itu ialah bulan Syaaban adalah masa untuk manusia berebut-rebut mengejar kebajikan sebanyak mungkin sebagai latihan dan persediaan untuk memasuki bulan Ramadhan 
3. Sebahagian ahli hikmah menyatakan bahawa sesungguhnya bulan Rejab adalah kesempatan untuk meminta ampun dari segala dosa, bulan Syaaban adalah kesempatan untuk memperbaiki diri dari segala macam celaan dan pada bulan Ramadhan adalah masa untuk menerangkan hati dan jiwa.
4. Di antara amalan-amalan yang digalakkan pada bulan Syaaban adalah : 
i. Memperbanyakkan puasa sunat. Di dalam kitab Durratun Nasihin ada menyebut sebuah hadis yang menyatakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya : "Sesiapa yang berpuasa tiga hari pada permulaan Syaaban dan tiga hari pada pertengahan Syaaban dan tiga hari pada akhir Syaaban, maka Allah mencatat untuknya pahala seperti pahala tujuh puluh nabi dan seperti orang-orang yang beribadat kepada Allah Taala selama tujuh puluh tahun dan apabila dia mati pada tahun itu maka dia seperti orang yang mati syahid." 
ii. Memperbanyak doa, zikir dan membaca selawat kepada Rasulullah SAW. Sabda Rasulullah SAW : "Sesiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah, taat kepada-Nya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari segala macam bencana dan penyakit." (Dipetik dari kitab Zubdatul Wa'izhin) 
iii. Bertaubat 

ZIKIR BULAN SYAABAN:
(Banyakkan baca sepanjang bulan Syaaban)





 

Sunday 17 June 2012

FADHILAT AMAL (SEMPENA 27 REJAB)

Hal Hadith: Riwayat Abu Hurairah.

Barang sesiapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab, ditulis bagi orang itu ganjanran pahalanya seperti berpuasa 60 bulan.

Huraian:

1. Nabi s.a.w memeberi khabar gembira kepada umatnya yang mahu mengambil peluang yang diberi oleh Allah

2. Nabi s.a.w memberi peringatan kepada umatnya supaya takut kepada Allah, menjauhkan dari perkara yang dilarang.

Fadhilat Amal:

Solat hajat 4 rokaat pada 27 Rejab
(jika malam hari buat 2 salam jika siang hari buat 1 salam)

Rokaat 1 - selepas surah fatihah baca Innaanzalna
Rokaat 2 - selepas surah fatihah baca kulhu
Rokaat 3 - selepas surah fatihah baca al Falak
Rokaat 4 - selepas surah fatihah baca an nas

Jika ada hajat besar baca 50 kali setiap surah selepas surah fatihah.

Friday 15 June 2012

TAWARAN JAWATAN PEMBANTU MAKMAL C22

Berita yang boleh ditakrifkan sebagai soheh.  Pembantu Makmal C17 lantikan tahun 1997 telah menerima surat tawaran Jawatan Pembantu Makmal C22 KUP sejak semingu lepas.  Difahamkan sekolah-sekolah di bawah Pendidikan Teknik dan Vokasional sahaja baru menerima surat tersebut,  Sekolah-sekolah harian biasa belum lagi menerima surat tersebut.  Oleh itu pembantu makmal C17 yang belum menerima surat tersebut jangan panik, semoga semua pembantu makmal akan dapat tawaran tersebut tanpa ada apa-apa masalah.

Aku menanti penuh kesabaran, semoga Allah redha dan memberkhati rezeki yang diberi.

Friday 1 June 2012

PEMBANTU MAKMAL BARU SMK YONG PENG, BATU PAHAT

Tahniah kepada Pembantu Makmal Baru yang telah melaporkan diri di SMK Yong Peng:

1.Pn. Saliah Salwa berasal dari Pt Raja
2.Pn. Zurina Solehin berasal dari Yong Peng
3.Cik Nurul Syafika berasal dari Rengit

Bekerjalah dengan disiplin dan ddikasi.
Kepada pembantu makmal yang jauh dari tempat tinggal, bersabarlah.

PENEMPATAN PEMBANTU MAKMAL BARU KE SEKOLAH-SEKOLAH BATU PAHAT

Pada hari ini 1 Jun 2012 kebanyakan sekolah akan menerima pembantu makmal baru. Dengar perkhabaran lebih kurang 30 orang pembantu makmal yang akan melapor diri di Daerah Batu Pahat.  SMK Datuk Menteri telah menerima seorang pembantu makmal lelaki.  Nama: Sahril bin Jumarin, berasal dari Parit Yusop, Muar.